Page 177 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 177

MEMPERKAYAKAN PRESTASI DAN KOMITMEN  MEMPERKAYAKAN AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI  MEMPERKAYAKAN DAYA TAHAN DAN PERTUMBUHAN MAMPAN  MAKLUMAT LAIN

          NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023



          2.  POLISI PERAKAUNAN MATERIAL (SAMBUNgAN)
             2.22  Pengiraan Nilai Saksama (sambungan)

                 aset dan liabiliti di mana nilai saksama diukur atau dinyatakan dalam penyata Kewangan dikategorikan mengikut
                 hierarki nilai saksama berikut, berdasarkan tahap input paras terendah dari segi kepentingan terhadap ukuran
                 nilai saksama secara keseluruhan:

                 tahap 1:  Sebut harga (tidak dilaras) harga pasaran di dalam pasaran aktif bagi aset atau liabiliti yang sama;
                 tahap 2:  teknik penilaian di mana input paras terendah dari segi kepentingan terhadap ukuran nilai saksama
                         yang boleh diperhatikan secara langsung atau tidak langsung; dan
                 tahap 3:  penilaian teknik di mana input paras terendah dari segi kepentingan terhadap pengukuran nilai saksama
                         yang tidak boleh diperhatikan.
                 bagi aset dan liabiliti yang diiktiraf dalam penyata Kewangan secara berulang, penilaian semula bagi kategori
                 aset dan liabiliti dilaksanakan bagi menentukan sama ada berlakunya pemindahan aset di antara tahap dalam
                 hierarki (berdasarkan input paras terendah dari segi kepentingan kepada pengukuran nilai saksama secara
                 keseluruhan) pada akhir setiap tarikh laporan.
             2.23  Aset Luar Jangka Dan Liabiliti Luar Jangka

                 aset luar jangka merupakan aset yang mungkin timbul daripada peristiwa terdahulu di mana kewujudannya
                 disahkan dengan terjadi atau tidak terjadinya satu atau lebih peristiwa masa hadapan yang berada di luar kawalan
                 Kumpulan dan KWap. tiada pengiktirafan bagi aset luar jangka, hanya pendedahan mengenai kewujudan aset
                 tersebut di mana aliran masuk manfaat ekonomi adalah berkemungkinan tetapi tidak boleh dijangka. liabiliti
                 luar jangka adalah obligasi yang mungkin timbul daripada peristiwa terdahulu di mana kewujudannya disahkan
                 dengan terjadi atau tidak terjadinya satu atau lebih peristiwa masa depan yang berada di luar kawalan Kumpulan
                 dan KWap atau obligasi semasa yang tidak diiktiraf kerana tiada kebarangkalian bahawa aliran keluar sumber
                 diperlukan untuk menyelesaikan obligasi tersebut. liabiliti luar jangka mungkin juga timbul melalui kes yang amat
                 jarang berlaku di mana liabiliti tidak diiktiraf disebabkan oleh ketidakupayaan untuk dinilai dengan yakin. tiada
                 pengiktirafan bagi liabiliti luar jangka, hanya pendedahan dalam penyata Kewangan.

             2.24  Instrumen Kewangan Yang Diofset
                 aset dan liabiliti kewangan diofset di mana jumlah bersih dibentangkan dalam penyata Kedudukan Kewangan
                 apabila terdapat hak kuatkuasa secara sah untuk mengofset jumlah yang telah diiktiraf serta hasrat untuk
                 menyelesaikan pada asas bersih atau merealisasikan aset dan menyelesaikan liabiliti pada masa yang sama.
                 hak kuatkuasa tersebut tidak boleh bergantung kepada peristiwa masa depan dan boleh dikuatkuasakan dalam
                 operasi biasa perniagaan dan sekiranya berlaku penjejasan, ketidakmampuan bayar atau muflis.

             2.25  Peruntukan Kumpulan Wang Terkanun
                 KWap menerima peruntukan daripada Kerajaan  persekutuan mengikut seksyen 13,  akta Kumpulan Wang
                 persaraan 2007 (akta 662).








                                                                                                         175
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182