Page 178 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 178

MEMPERKAYAKAN MASA HADAPAN   MEMPERKAYAKAN KEMAJUAN NEGARA  MEMPERKAYAKAN NILAI PIHAK BERKEPENTINGAN  MEMPERKAYAKAN IMPAK KEMAMPANAN

          NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023



          2.  POLISI PERAKAUNAN MATERIAL (SAMBUNgAN)
             2.26  Caruman Pencen

                 Caruman pencen diiktiraf apabila caruman tersebut diterima daripada badan berkanun, pihak berkuasa tempatan
                 dan agensi-agensi lain serta syer kerajaan, ganjaran dan potongan lain sejajar dengan akta pencen badan-
                 badan  berkanun dan  pihak  berkuasa  tempatan 1980 (akta 239) dan  pekeliling  perkhidmatan  no. 12/2008.
                 denda atas caruman lewat bayar diiktiraf dan diakaunkan mengikut asas tunai.

          3.  JANgKAAN DAN PENILAIAN AKAUN YANg PENTINg

             penyediaan  penyata Kewangan digabungkan memerlukan pertimbangan, anggaran dan andaian oleh Kumpulan
             dan KWap yang memberi kesan kepada amaun pendapatan, perbelanjaan, aset dan liabiliti serta pendedahan yang
             disertakan dan pendedahan berkenaan dengan aset dan liabiliti luar jangka selaras dengan mFrS yang berkaitan.
             Ketidaktentuan mengenai andaian dan anggaran boleh menyebabkan keputusan yang mengakibatkan pelarasan
             ketara kepada nilai dibawa bagi aset atau liabiliti yang terlibat pada masa hadapan.
             pertimbangan yang dibuat oleh Kumpulan dan KWap dalam mengaplikasikan polisi akaun, andaian penting berkaitan
             dengan masa hadapan dan sumber-sumber ketidakpastian jangkaan lain pada tarikh laporan yang mempunyai risiko
             besar dalam mengakibatkan pelarasan ketara kepada nilai dibawa aset dan liabiliti yang terlibat bagi tempoh tahun
             kewangan seterusnya adalah seperti yang dibincangkan di bawah:
             (a)  Rosot nilai atas pelaburan dalam syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu

                Semakan ke atas penilaian bukti objektif bagi rosot nilai pelaburan dilaksanakan pada setiap tarikh laporan. Faktor-
                faktor seperti, antara lain, penurunan berpanjangan di antara nilai saksama indikatif dan nilai dibawa, perubahan
                signifikan dengan kesan yang menjejaskan pelaburan serta kemerosotan prestasi kewangan pelaburan adalah
                dipertimbangkan bagi mengenal pasti bukti objektif bagi rosot nilai, sekiranya ada.

                pertimbangan yang dibuat oleh Kumpulan dan KWap dalam pemilihan kaedah penilaian yang sesuai seperti,
                antara lain, aliran tunai terdiskaun, nilai boleh realis bersih aset dan purata kaedah nisbah harga perolehan sektor
                yang bergantung kepada sifat serta industri pelaburan tersebut.
                dengan pemilihan kaedah penilaian yang sesuai, andaian-andaian tertentu dilaksanakan bagi menjangka amaun
                pelaburan boleh pulih masa hadapan. andaian yang dibuat adalah termasuk, antara lain, andaian terhadap jangkaan
                aliran tunai masa hadapan, peningkatan pendapatan, kadar diskaun yang diguna pakai bagi mendiskaunkan aliran
                tunai masa hadapan yang menerapkan risiko yang relevan serta jangkaan hasil masa hadapan bagi peristiwa
                terdahulu yang berkait dengan pelaburan tersebut.
















          176  KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) i LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183