Page 176 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 176

MEMPERKAYAKAN MASA HADAPAN   MEMPERKAYAKAN KEMAJUAN NEGARA  MEMPERKAYAKAN NILAI PIHAK BERKEPENTINGAN  MEMPERKAYAKAN IMPAK KEMAMPANAN

          NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023



          2.  POLISI PERAKAUNAN MATERIAL (SAMBUNgAN)
             2.21  Manfaat Pekerja (sambungan)

                 (b)  Manfaat jangka panjang

                     bayaran manfaat jangka panjang selepas persaraan dan/atau selepas tamat tempoh kontrak diiktiraf sebagai
                     perbelanjaan manfaat pekerja atas dasar terakru dalam tahun semasa penyata pendapatan Komprehensif.
                     pada masa yang sama, amaun tersebut diiktiraf sebagai liabiliti yang dikategorikan sebagai faedah pekerja
                     dalam penyata Kedudukan Kewangan. jenis-jenis faedah jangka panjang yang diiktiraf berdasarkan asas
                     akruan adalah seperti berikut:
                     •   Bayaran anugerah cuti gantian; dan
                     •   Manfaat perubatan pesara.
                     pengiraan manfaat perubatan pesara adalah berdasarkan penilaian aktuari tahunan yang dilaksanakan oleh
                     penilai luar.
             2.22  Pengiraan Nilai Saksama

                 instrumen kewangan seperti derivatif dan pelaburan kewangan, dinyatakan pada nilai saksama pada setiap
                 tarikh laporan. nilai saksama instrumen kewangan yang dinyatakan pada nilai Kos yang dilunaskan dinyatakan
                 dalam nota 36 kepada penyata Kewangan.
                 nilai saksama adalah amaun yang akan diterima daripada jualan aset atau amaun yang dibayar bagi pemindahan
                 liabiliti dalam transaksi yang teratur di antara peserta pasaran pada tarikh pengukuran. pengukuran nilai saksama
                 adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa transaksi jualan aset atau pemindahan liabiliti dilaksanakan sama
                 ada:

                 •   Dalam pasaran utama bagi aset atau liabiliti, atau
                 •   Jika ketiadaan pasaran utama, dalam pasaran yang paling menguntungkan bagi aset atau liabiliti.

                 pasaran utama atau pasaran yang paling menguntungkan hendaklah boleh diakses oleh Kumpulan dan KWap.
                 nilai saksama aset atau liabiliti diukur dengan menggunakan andaian yang diambil kira oleh peserta pasaran
                 dalam menentukan harga aset atau liabiliti, serta andaian bahawa peserta pasaran akan bertindak mengikut
                 kepentingan ekonomi yang terbaik.

                 pengukuran nilai saksama aset bukan kewangan mengambil kira kebolehan peserta pasaran untuk menjana
                 manfaat ekonomi melalui penggunaan aset secara terbaik atau jualan kepada peserta pasaran lain yang akan
                 menggunakan aset tersebut secara terbaik.
                 Kumpulan dan KWap menggunakan teknik penilaian yang dianggap bersesuaian dengan keadaan di mana data
                 yang mencukupi boleh didapati untuk penilaian nilai saksama, dengan memaksimumkan penggunaan input yang
                 boleh diperhatikan serta meminimumkan penggunaan input yang tidak boleh diperhatikan.









          174  KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) i LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181