Page 47 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 47
MEMPERKAYAKAN PRESTASI DAN KOMITMEN MEMPERKAYAKAN AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI MEMPERKAYAKAN DAYA TAHAN DAN PERTUMBUHAN MAMPAN MAKLUMAT LAIN
ULASAN KEWANGAN
Penutup tahun kewangan 2023 merupakan lakaran Kadar Pulangan Perakaunan (ARR) (%)
kejayaan untuk KWAP, walaupun berlatarkan persekitaran
ekonomi global yang mencabar disebabkan oleh 4.67 5.88 6.39 0.17 5.88
ketegangan geopolitik yang semakin meruncing dan
pemulihan yang perlahan. Di sebalik ketidaktentuan ini,
KWAP berjaya mencapai keputusan kewangan yang
membanggakan dalam semua kelas aset dan pasaran
utama kami.
Setakat 31 Disember 2023, saiz dana KWAP telah 2019 2020 2021 2022 2023
berkembang kepada RM169.82 bilion, iaitu peningkatan
sebanyak 7.4% berbanding RM158.10 bilion pada Pendapatan Bersih (RM bilion)
31 Disember 2022, yang dipacu oleh prestasi kukuh
sepanjang tahun. 6.67 8.87 9.99 0.26 9.65
Pendapatan Bersih mencatat jumlah RM9.65 bilion
berbanding RM0.26 bilion pada tahun lalu, di mana Jumlah
Pendapatan Komprehensif melonjak kepada RM12.03
bilion berbanding Jumlah Kerugian Komprehensif
sebanyak RM0.57 bilion pada tahun kewangan 2022.
Peningkatan ini terhasil khususnya daripada prestasi kukuh 2019 2020 2021 2022 2023
portfolio ekuiti dan pendapatan tetap iaitu keuntungan
tidak nyata bersih yang lebih tinggi untuk aset kewangan Pendapatan Pelaburan Kasar
yang diklasifikasi sebagai Nilai Saksama melalui Untung KWAP mencatat Pendapatan Pelaburan Kasar (GII)
atau Rugi (FVTPL) dan Nilai Saksama Melalui Pendapatan sebanyak RM6.75 bilion, iaitu 3.7% lebih rendah
Komprehensif Lain (FVOCI).
berbanding RM7.01 bilion pada tahun 2022, disebabkan
Prestasi portfolio FVTPL yang berdaya tahan mencatatkan oleh keuntungan pelupusan pelaburan yang rendah dari
keuntungan tidak nyata sebanyak RM3.06 bilion portfolio Ekuiti Antarabangsa.
khususnya daripada pasaran antarabangsa sejajar dengan Sebanyak 48% daripada GII disumbangkan oleh portfolio
S&P500 yang memberi pulangan dua angka, peningkatan
sebanyak 24.2% tahun ke tahun. Portfolio FVOCI pula ekuiti, 40% daripada portfolio pendapatan tetap, dan baki
mencatatkan keuntungan tidak nyata sebanyak RM1.06 12% daripada portfolio ekuiti persendirian dan hartanah.
bilion daripada pasaran bon domestik. Sebanyak 77% daripada GII disumbangkan oleh
pelaburan dalam pasaran domestik manakala baki 23%
Prestasi kukuh ini menghasilkan Kadar Pulangan
Perakaunan (ARR) sebanyak 5.88%, iaitu peningkatan daripada pelaburan antarabangsa.
yang ketara daripada 0.17% yang direkodkan pada tahun
kewangan 2022.
Dalam memenuhi tugas kami membantu Kerajaan
Persekutuan membiayai tanggungan pencen seperti yang
termaktub dalam Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007
(Akta 662), RM3 bilion telah dikeluarkan daripada Dana
oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun ini dan baki dana
yang sedia ada dilaburkan semula untuk penambahan
nilai masa hadapan.
45