Page 42 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 42
MEMPERKAYAKAN MASA HADAPAN MEMPERKAYAKAN KEMAJUAN NEGARA MEMPERKAYAKAN NILAI PIHAK BERKEPENTINGAN MEMPERKAYAKAN IMPAK KEMAMPANAN
STRATEGI KEMAMPANAN KAMI (SAMBUNGAN)
Mengintegrasi Prestasi dalam UNSDG
Walaupun semua 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) adalah sama penting, kami
mengutamakan enam daripadanya secara strategik, yang berpotensi untuk menghasilkan
impak besar menerusi strategi-strategi pelaburan dan perkhidmatan pencen kami.
SDG yang diutamakan ini diselaraskan dengan lima ikrar kemampanan kami yang
mendukung komitmen KWAP terhadap pelaburan bertanggungjawab.
MEMANFAATKAN KESEJAHTERAAN MENERUSI KEMAMPANAN
KWAP menyepadukan prinsip-prinsip kemampanan dalam operasi-operasi perniagaan kami, termasuk pertimbangan ESG
dalam pertimbangan pelaburan, protokol operasi dan kewajipan korporat. Komitmen ini turut merangkumi penyelarasan
peranan-peranan dan tanggungjawab bersama objektif-objektif kemampanan serta mengoptimumkan portfolio pelaburan
bagi meningkatkan daya tahan.
Berpandukan pada lima ikrar kemampanan secara menyeluruh, strategi ini menggariskan pelan kemampanan kami untuk
tahun-tahun akan datang. Kami bertekad untuk menyelaraskan pelaburan dan amalan-amalan operasi dengan matlamat-
matlamat kemampanan global. Dengan menyelaraskan ikrar kemampanan, kami berhasrat untuk mencipta nilai yang
berpanjangan bagi pihak berkepentingan kami serta menyumbang kepada dunia yang lebih lestari. Pelan ini bukan sahaja
satu inisiatif yang strategik, malah ia merupakan bukti kepada nilai-nilai dan visi kami untuk masa hadapan yang lebih baik.
Dengan komitmen terhadap masa hadapan yang mampan, lima ikrar ini menggariskan pendekatan kemampanan yang
holistik dan bertanggungjawab, yang merangkumi bukan sahaja isu-isu alam sekitar tetapi juga sosial dan tadbir urus. Ini
meletakkan KWAP sebagai Pemimpin Pemikiran dalam amalan-amalan kemampanan.
IKRAR 1 MENYOKONG AGENDA SOSIAL
1. Kepelbagaian, Keadilan dan Keterangkuman I. Kesaksamaan Jantina di Tempat Kerja
(Diversity, Equity and Inclusion) (DEI): • Dasar toleransi sifar terhadap diskriminasi di
Membangunkan polisi dan strategi DEI yang tempat kerja dan dalam komuniti.
komprehensif bagi memastikan toleransi sifar • 52% daripada tenaga kerja kami adalah wanita.
terhadap diskriminasi di tempat kerja dan komuniti.
II. Latihan yang diwajibkan untuk semua kakitangan
2. Pembangunan Modal Insan: KWAP
Pelaburan dalam program-program pembangunan • 10.8 jam latihan yang berkaitan dengan
kepimpinan dan pengutamaan kesejahteraan kemampanan untuk Pengurusan Kanan dan
kakitangan menerusi peningkatan sesi libat urus kakitangan yang berkenaan pada tahun 2023.
dalam kalangan kakitangan.
III. Dasar imbuhan kos sara hidup
3. Pemerkasaan Komuniti: • Dasar Imbuhan KWAP melangkaui gaji minimum
Penglibatan aktif pihak berkepentingan untuk negara yang bertujuan untuk menyediakan kos
maklum balas dan pelarasan strategi dalam usaha sara hidup yang saksama kepada kakitangan.
menyokong pembinaan kapasiti masyarakat agar
menjadi lebih berdikari dan berdaya tahan. Ini
tercapai melalui kerjasama dengan pertubuhan
bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan dan
organisasi masyarakat.
40 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) i LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023