Tema laporan tahunan pada tahun ini meraikan warisan KWAP dalam menyampaikan nilai kepada pesara Malaysia melalui penggambaran seni batik. Seni tradisional ini melambangkan penghargaan terhadap sumbangan pesara kami pada masa lalu dan komitmen kami untuk membina warisan yang berkekalan pada masa hadapan. Seni batik juga merupakan simbol kegembiraan dan juga harapan kami untuk pesara dapat menikmati kesejahteraan persaraan yang disampaikan oleh KWAP dengan penuh dedikasi.

SOROTAN TAHUN 2023

sorotan-tahunan-2023

PERUTUSAN PENGERUSI

Saya dengan sukacitanya melaporkan bahawa KWAP terus mencatatkan kecemerlangan dari segi pencapaian kewangan dan perkhidmatan yang diberikan kepada pesara perkhidmatan awam. Di sebalik pelbagai kesukaran yang timbul dalam persekitaran pasca pandemik dan ketidaktentuan dalam ekonomi global, KWAP tetap berjaya mencatat pencapaian luar biasa.


chart-1
kwap-chairman

PERUTUSAN KETUA
PEGAWAI EKSEKUTIF

KWAP kini berada pada Fasa Ketiga Pelan Strategik, yang dikenali sebagai Visi 2025 (2020 - 2025). Berlandaskan visi ini, KWAP berazam untuk menjadi rakan persaraan utama yang bermatlamat untuk memperkaya pengalaman persaraan ahli-ahli dan memastikan pertumbuhan aset-aset yang mampan. Bagi mencapai matlamat ini, beberapa sasaran telah ditetapkan bagi menyokong objektif-objektif strategik jangka panjang dan hasil sasaran Visi 2025.


chart-2
kwap-ceo

STRATEGI KEMAMPANAN KAMI

Di KWAP, peranan kami sebagai pelabur institusi yang bertanggungjawab bukan sahaja melangkaui prestasi kewangan. Bagi memenuhi peranan ini, kami menerapkan prinsip-prinsip kemampanan dalam setiap aspek organisasi yang berpandukan Rangka Kerja Kemampanan kami. Rangka kerja ini menggariskan komitmen kami terhadap amalan-amalan dan prinsip-prinsip kemampanan yang mencipta nilai jangka panjang untuk pihak berkepentingan.

Strategi-Kemampanan-Kami

1 Berdasarkan sasaran Saiz Dana Terlaras Terkumpul tahun 2025 yang berjumlah RM200 bilion, anggaran pelaburan dalam aset peralihan berjumlah RM20 bilion.

MUAT TURUN