Page 6 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 6
MEMPERKAYAKAN MASA HADAPAN MEMPERKAYAKAN KEMAJUAN NEGARA MEMPERKAYAKAN NILAI PIHAK BERKEPENTINGAN MEMPERKAYAKAN IMPAK KEMAMPANAN
MENGENAI LAPORAN INI
Laporan tahunan bersepadu Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) diterbitkan sebagai bukti iltizam
kami terhadap ketelusan, akauntabiliti dan kemampanan. Kami percaya bahawa ukuran kewangan semata-mata tidak
menggambarkan impak sosial dan alam sekitar kami secara keseluruhan. Oleh itu, laporan ini akan menyediakan
gambaran yang menyeluruh mengenai prestasi penciptaan nilai dan impak sosial kami.
Laporan bersepadu sulung ini bermatlamat untuk meningkatkan kualiti maklumat yang sedia ada untuk pihak
berkepentingan. Di KWAP, kami percaya bahawa kitaran laporan bersepadu dan pemikiran akan menghasilkan
peruntukan modal yang cekap dan produktif, yang akan mendorong kestabilan kewangan serta pembangunan yang
mampan untuk KWAP dan juga negara.
Laporan bersepadu ini terbahagi kepada enam bahagian bagi membolehkan pihak berkepentingan membuat penilaian
bermaklumat mengenai keupayaan kami dalam mencipta dan memelihara nilai selain mengurangkan risiko hakisan nilai.
Tinjauan mengenai KWAP, termasuk peranan dan objektif kami, model perniagaan, serta
Tentang KWAP bagaimana tujuan, visi, strategi dan nilai-nilai kami menyumbang kepada penciptaan nilai
jangka panjang.
Tinjauan mengenai persekitaran perniagaan di mana kami beroperasi, termasuk perkara-
Pandangan perkara material, cara kami menguruskan risiko-risiko dan bertindak balas secara strategik
Strategik
bagi memastikan penciptaan nilai yang berterusan.
Tinjauan mengenai komitmen, prestasi dan kemajuan kami yang berkaitan dengan Alam
Kemampanan Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan rangkuman amalan-amalan yang mampan untuk
semua pelaburan dan operasi kami.
Prestasi Penilaian ke atas nilai-nilai yang dicipta, dipelihara dan dipupuk untuk pihak berkepentingan.
Tinjauan mengenai struktur tadbir urus dan kepimpinan kami yang menyokong penciptaan
Tadbir Urus
serta pemeliharaan nilai dengan pengawalan yang berkesan.
Penyata kewangan tahunan diaudit yang disediakan mengikut Piawaian Pelaporan Kewangan
Penyata Malaysia (MFRS), Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) dan Akta Kumpulan
Kewangan
Wang Persaraan 2007.
TEMPOH PELAPORAN PELAPORAN KEWANGAN DAN BUKAN KEWANGAN
Laporan bersepadu ini merangkumi tempoh dari 1 Januari Laporan bersepadu ini bukan sahaja merangkumi pelaporan
2023 sehingga 31 Disember 2023, melainkan dinyatakan kewangan, tetapi juga prestasi bukan kewangan, peluang-
sebaliknya. Laporan ini tersedia untuk terbitan dalam peluang, risiko-risiko dan hasil-hasil yang berkaitan dengan
talian kami yang boleh didapati di laman sesawang kami di pihak berkepentingan. Ini memberi kesan yang signifikan ke
kwap.gov.my, termasuk laporan-laporan dan perihal-perihal atas keupayaan kami dalam mencipta dan memelihara nilai
yang berkaitan untuk pihak berkepentingan utama seperti secara mampan serta mengurangkan risiko hakisan nilai.
kakitangan kami, para pesara, para pencarum, pihak-pihak
berkuasa dan masyarakat.
4 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) i LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023