Page 3 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 3

DANA YANG BERKAT


                                Usia  tua  sesantainya  angin  nyaman  yang  sihat,  renyai  hayat  anugerah
                                Tuhan yang teramat nikmat.


                                Kini kita maruahi lagi sejarah kebajikan, menyemainya dengan benih jerih
                                perih pendapatan agar usia tua akan waras terpelihara: damai di tangan,
                                nikmat di hati dan indah di mata.

                                Dan tarikh lahirnya badan dana yang amat bertuah – Mac – kini bulan yang
                                molek, cahaya manis sejarah; dengan wang dirancang untuk ranum ke usia
                                sarat peluh jujur rezeki subur mengisi dana berkat.

                                Sopan di tangan, jernih di mata dan santun di kalbu, peranum labur jimat
                                tercermat yang mengembang gebu.

                                Diurus tangan canggih amanah yang tulus berhemah sehingga pepohon
                                rezeki sempat merimbun buah.

                                Tulus petugas setia serasi bakti pekerja, ringani bahu pentadbir, suburi
                                harta pesara, alir pencen sumber harta yang luhur sepanjang hayat
                                tersimbah tuahnya ke yatim diri, ke badan sihat.

                                Dengan tekun berilmu, tindakan yang bersanubari, yakin dipasti taman
                                labur terindah harum ini.

                                5 – 15 Februari, 2007
                                A. SAMAD SAID
   1   2   3   4   5   6   7   8