Page 170 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 170

MEMPERKAYAKAN MASA HADAPAN   MEMPERKAYAKAN KEMAJUAN NEGARA  MEMPERKAYAKAN NILAI PIHAK BERKEPENTINGAN  MEMPERKAYAKAN IMPAK KEMAMPANAN

          NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023



          2.  POLISI PERAKAUNAN MATERIAL (SAMBUNgAN)
             2.16  Cukai Pendapatan (sambungan)

                 (c)  Cukai Tambah-Nilai Minima global
                     Kumpulan telah menerima pakai pindaan kepada  mFrS 112,  Income Taxes – International Tax Reform
                     – Pillar Two Model Rules pada keluaran bertarikh 2 jun 2023. pindaan tersebut memberikan pelepasan
                     mandatori sementara daripada cukai tertunda untuk cukai tambah-nilai minima global, yang berkuat kuasa
                     serta- merta, dan memerlukan pendedahan baru mengenai impak Pillar Two.

                     dalam tahun kewangan 2023, kerajaan united Kingdom dan malaysia masing- masing telah menguatkuasakan
                     dan sebahagian besarnya menguatkuasakan undang-undang baharu untuk melaksanakan cukai tambah-
                     nilai minima global. Kumpulan menjangka kemungkinan akan dikenakan cukai tambah-nilai berhubung
                     dengan operasi di united Kingdom dan malaysia. Walau bagaimanapun, memandangkan cukai yang baru
                     digubal di united Kingdom dan malaysia hanya akan berkuat kuasa pada tahun 2024 dan 2025, tiada impak
                     cukai semasa bagi tahun berakhir 31 disember 2023.
                     berdasarkan penilaian awal Kumpulan, jika cukai tambah-nilai telah digunakan pada 2023, impaknya tidak
                     signifikan kepada Kumpulan dan KWap.

             2.17  Mata Wang Asing
                 (a)  Mata wang fungsian dan persembahan

                     penyata Kewangan individu bagi setiap entiti dalam Kumpulan dinyatakan berdasarkan mata wang utama
                     dalam persekitaran ekonomi utama di mana entiti tersebut beroperasi ("mata wang fungsian").  penyata
                     Kewangan digabungkan dipersembahkan dalam ringgit malaysia (“rm”) sebagai mata wang fungsian dan
                     persembahan bagi Kumpulan dan KWap.
                 (b)  Transaksi dan baki dalam mata wang asing

                     transaksi mata wang asing dinyatakan berdasarkan mata wang fungsian bagi KWap dan syarikat subsidiari
                     masing-masing di mana pengiktrafan asal mata wang fungsian tersebut adalah berdasarkan kadar tukaran
                     mata wang pada tarikh urus niaga.
                     aset dan liabiliti kewangan yang didenominasi dalam mata wang asing diterjemahkan menggunakan kadar
                     tukaran mata wang semerta pada tarikh laporan.

                     perbezaan kadar tukaran  mata wang yang terhasil  daripada penyelesaian  item kewangan atau pada
                     terjemahan item kewangan pada tarikh laporan diiktiraf dalam penyata pendapatan Komprehensif kecuali
                     perbezaan kadar tukaran mata wang daripada item kewangan yang merupakan sebahagian daripada
                     pelaburan bersih Kumpulan dalam operasi luar negara. item kewangan tersebut pada asalnya diiktiraf dalam
                     pendapatan Komprehensif  lain dan digabungkan di bawah  rizab  pertukaran  mata Wang  asing dalam
                     penyata Kedudukan Kewangan.
                     perubahan pada nilai saksama sekuriti kewangan yang didenominasi dalam mata wang asing yang
                     diklasifikasikan  sebagai  FVtpl  dianalisa  di antara  perbezaan  terjemahan  berikutan  daripada  perubahan
                     Kos yang dilunaskan dan perubahan lain dalam nilai dibawa sekuriti tersebut. perbezaan terjemahan yang
                     berkaitan dengan perubahan Kos yang  dilunaskan diiktiraf dalam untung atau rugi, dan perubahan lain
                     dalam nilai dibawa diiktiraf dalam pendapatan Komprehensif lain.



          168  KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) i LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175