Page 169 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 169
MEMPERKAYAKAN PRESTASI DAN KOMITMEN MEMPERKAYAKAN AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI MEMPERKAYAKAN DAYA TAHAN DAN PERTUMBUHAN MAMPAN MAKLUMAT LAIN
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023
2. POLISI PERAKAUNAN MATERIAL (SAMBUNgAN)
2.16 Cukai Pendapatan (sambungan)
(b) Cukai tertunda
Cukai tertunda adalah peruntukan yang menggunakan kaedah liabiliti berdasarkan kepada perbezaan
sementara yang timbul di antara asas cukai aset dan liabiliti dan nilai dibawa aset dan liabiliti tersebut bagi
tujuan laporan kewangan pada tarikh laporan.
liabiliti cukai tertunda diiktiraf bagi semua perbezaan sementara kecuali:
• di mana liabiliti cukai tertunda berpunca daripada pengiktirafan asal muhibah atau pengiktirafan asal
aset atau liabiliti dalam urus niaga yang bukan merupakan gabungan perniagaan serta, pada masa
transaksi dilaksanakan, tiada memberi kesan kepada keuntungan perakaunan atau untung atau rugi
sebelum cukai; dan
• bagi perbezaan sementara boleh cukai yang berkaitan dengan pelaburan dalam syarikat subsidiari,
syarikat bersekutu dan pelaburan dalam usaha sama, di mana pelaksanaan penyataan semula perbezaan
sementara boleh dikawal dan terdapat kebarangkalian besar bahawa perbezaan sementara tersebut
tidak akan dinyatakan semula pada masa hadapan.
aset cukai tertunda diiktiraf bagi semua perbezaan sementara yang boleh ditolak, kredit cukai dan kerugian
cukai tidak diguna yang dibawa ke hadapan, pada tahap di mana kebarangkalian besar bahawa keuntungan
boleh cukai boleh digunakan ke atas perbezaan sementara yang boleh ditolak kredit cukai tidak diguna yang
dibawa ke hadapan dan kerugian cukai kredit boleh dimanfaatkan kecuali:
• di mana aset cukai tertunda berkaitan dengan perbezaan sementara boleh ditolak yang berpunca
daripada pengiktirafan asal sesuatu aset atau liabiliti dalam transaksi yang bukan merupakan gabungan
perniagaan serta, pada masa transaksi dilaksanakan, tiada memberi kesan kepada keuntungan
perakaunan atau keuntungan atau kerugian boleh cukai; dan
• bagi perbezaan sementara boleh ditolak yang berkaitan dengan pelaburan dalam syarikat subsidiari,
syarikat bersekutu dan pelaburan dalan usaha sama, aset cukai tertunda diiktiraf apabila terdapat
kebarangkalian besar bahawa perbezaan sementara akan dinyatakan semula pada masa hadapan dan
keuntungan boleh cukai akan membolehkan penggunaan perbezaan sementara tersebut.
nilai dibawa aset cukai tertunda disemak semula pada setiap tarikh laporan dan dikurangkan kepada tahap
di mana tiada kebarangkalian besar bahawa terdapat keuntungan boleh cukai yang mencukupi untuk
membolehkan penggunaan semua atau sebahagian aset cukai tertunda. aset cukai tertunda yang tidak
diiktiraf dinilai semula pada setiap tarikh laporan dan diiktiraf kepada tahap di mana terdapat kebarangkalian
besar bahawa keuntungan boleh cukai masa hadapan akan membolehkan penggunaan aset cukai tertunda
tersebut.
aset dan liabiliti cukai tertunda dinyatakan pada kadar cukai yang dijangka akan diguna pakai pada tahun
aset direalisasi atau penyelesaian liabiliti berdasarkan transaksi kadar cukai dan undang-undang cukai yang
berkuat kuasa atau sebahagian besarnya berkuat kuasa pada tarikh laporan.
Cukai tertunda yang berkaitan dengan item yang diiktiraf di luar untung atau rugi diiktiraf di luar untung
atau rugi. Cukai tertunda tersebut diiktiraf berdasarkan yang berkaitan sama ada dalam pendapatan
Komprehensif lain atau secara langsung dalam ekuiti. Cukai tertunda yang berpunca daripada gabungan
perniagaan diselaraskan ke atas muhibah yang berkaitan semasa pengambilalihan.
aset cukai tertunda dan liabiliti cukai tertunda diimbangi, sekiranya terdapat hak yang sah untuk mengimbangi
aset cukai semasa dengan liabiliti cukai semasa, di mana aset cukai tertunda dan liabiliti cukai tertunda
tersebut adalah berkaitan dengan entiti boleh cukai yang sama serta pihak berkuasa cukai yang sama.
167