Page 226 - KWAP_AR2022
P. 226

224            KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN)  DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK



                                                 NOTA-NOTA KEPADA
                                                PENYATA KEWANGAN
                                          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


          33.  RISIKO KEWANGAN (SAMBUNGAN)
             (d)  Risiko kredit (sambungan)

                (iii)  Kualiti kredit

                    Pelbagai kaedah digunakan bagi pengukuran risiko kredit seperti menerapkan solusi dari pihak ketiga bagi
                    kiraan kredit Risiko-pada-Nilai (VaR) dan model pemarkahan kadaran kredit dalaman untuk penyediaan
                    kadaran dalaman bagi korporat dan juga institusi kewangan.
                    Kumpulan dan KWAP boleh melabur dalam bon yang berkadaran sekurang-kurangnya A3 (RAM), A-(MARC)
                    bagi bon domestik serta bon yang berkadaran sekurang-kurangnya BBB- (S&P atau Fitch), Baa3 (Moody’s)
                    atau mana-mana kadaran setara yang diiktiraf oleh agensi kadaran antarabangsa lain bagi bon antarabangsa.
                    Bagi portfolio sekuriti hutang persendirian, purata kualiti kredit berwajaran adalah AA.
                    Model pemarkahan kadaran kredit dalaman diguna pakai sebagai pendekatan untuk melengkapi proses
                    penilaian kredit sedia ada dan membantu dalam mengawasi perkembangan kredit tersebut. Kaedah yang
                    diguna pakai oleh model pemarkahan tersebut adalah berdasarkan pendekatan oleh agensi-agensi kadaran
                    di mana pelaksanaannya adalah berdasarkan satu set kaedah pemarkahan bagi kredit domestik dan
                    antarabangsa. Model tersebut memberi penarafan dalaman bagi bon tidak berkadaran atau pinjaman dan
                    mengenalpasti jika ada percanggahan antara penarafan dalaman dan penarafan luaran yang dilakukan oleh
                    agensi penarafan bagi bon berkadaran, sekiranya ada.

                    Sekuriti-sekuriti hutang diklasifikasi mengikut skala kadaran dalaman yang konsisten dengan agensi-agensi
                    kadaran. Klasifikasi kualiti kredit adalah seperti berikut:

                    i.   Kadaran Jangka Panjang Bagi Bayaran Obligasi Kewangan Jangka Panjang
                       Domestik       Kadaran Kredit      Definisi Klasifikasi Kualiti
                       Sovereign      Sovereign           Diterbitkan/Dijamin oleh Kerajaan
                       Tinggi         AAA dan AA          Keupayaan tinggi untuk memenuhi obligasi kewangan
                       Sederhana      A                   Keupayaan mencukupi untuk memenuhi obligasi kewangan
                       Lemah          BBB dan ke bawah    Keupayaan sederhana/lemah untuk memenuhi obligasi
                                                          kewangan

                       Antarabangsa   Kadaran Kredit      Definisi Klasifikasi Kualiti
                       Sovereign      Sovereign           Diterbitkan/Dijamin oleh Kerajaan
                       Tinggi         AAA dan AA          Keupayaan tinggi untuk memenuhi obligasi kewangan
                       Sederhana      A                   Keupayaan mencukupi untuk memenuhi obligasi kewangan
                       Lemah          BBB dan ke bawah    Keupayaan sederhana/lemah untuk memenuhi obligasi
                                                          kewangan
   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231