Page 225 - KWAP_AR2022
P. 225

DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK  Laporan Tahunan 2022  223


                                                 NOTA-NOTA KEPADA
                                                PENYATA KEWANGAN
                                          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


          33.  RISIKO KEWANGAN (SAMBUNGAN)
             (d)  Risiko kredit (sambungan)

                (i)  Pengurusan risiko kredit (sambungan)

                    Bagi menentukan penambahbaikan risiko kredit aset kewangan yang telah dimodifikasi di mana peruntukan
                    kerugian telah dinilai berdasarkan ECL dan dinilai semula pada 12 bulan ECL, sistem gred (i.e. gred pelaburan
                    dan gred bukan pelaburan) digunakan bagi menilai penambahbaikan kualiti kredit aset kewangan yang
                    dimodifikasi.

                    Aset kewangan tersebut dipantau sehingga tahap peruntukan kerugian diukur semula pada ECL sepanjang
                    hayat.

                (ii)  Pengukuran kerugian kredit dijangka (ECL)
                    Kumpulan dan KWAP mengguna pakai tiga (3) peringkat bagi Pinjaman Dan Belum Terima serta instrumen
                    hutang bagi mencerminkan risiko kredit dan penentuan peruntukan kerugian bagi setiap kategori. Andaian
                    bagi dasar model ECL Kumpulan dan KWAP diringkaskan seperti berikut:

                    Kategori    Definisi Kategori Bagi Kumpulan Dan KWAP           Asas Pengiktirafan ECL

                    Peringkat 1   Penghutang yang mempunyai risiko penjejasan      ECL 12 bulan
                                yang rendah dan keupayaan yang kukuh bagi
                                memenuhi pembayaran aliran tunai kontrak.
                    Peringkat 2   Penghutang yang mempunyai peningkatan risiko     ECL Sepanjang hayat
                                kredit yang signifikan atau anggapan peningkatan risiko
                                kredit yang signifikan sekiranya pembayaran faedah
                                dan/atau pokok melebihi 30 hari dari tarikh pembayaran.

                    Peringkat 3    Pembayaran faedah dan/atau pokok melebihi 90 hari    ECL Sepanjang hayat
                                dari tarikh pembayaran atau terdapat bukti yang
                                menunjukan rosot nilai kredit kewangan.

                    Berdasarkan maklumat diatas, peruntukan kerugian diukur samada pada 12 bulan ECL atau ECL sepanjang
                    hayat menggunakan kaedah “PD x LGD x EAD” seperti yang berikut:
                    •   PD (Probability of Default) – penghutang berkemungkinan tidak berupaya untuk membuat pembayaran
                       sepanjang tempoh kontrak;
                    •   LGD (Loss Given Default) – peratusan aliran tunai kontrak yang tidak dapat diterima sekiranya berlaku
                       penjejasan; dan
                    •   EAD (Exposure At Default) – amaun tertunggak yang terdedah pada risiko penjejasan.

                    Kumpulan dan KWAP telah mengenal pasti Overnight Policy Rate (“OPR”) (Lag 1 Tahun) ditetapkan Bank
                    Negara Malaysia (“BNM”) & Indeks Ekuiti sebagai faktor paling relevan untuk instrumen domestik, dan kadar
                    dana persekutuan dan indeks komoditi luas sebagai faktor yang paling relevan untuk instrumen antarabangsa.
                    Kumpulan dan KWAP telah melaraskan informasi tanda aras luaran berdasarkan kepada jangkaan perubahan
                    faktor-faktor tersebut. Tiada perubahan bagi teknik anggaran atau andaian yang dilaksanakan sepanjang
                    tahun laporan.
   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230