Usia tua sesantainya angin nyaman yang sihat, renyai hayat anugerah Tuhan yang teramat nikmat.
Kini kita maruahi lagi sejarah kebajikan, Menyemainya dengan benih jerih perih pendapatan agar usia tua akan waras terpelihara: damai di tangan, nikmat di hati dan indah di mata.
Dan tarikh lahirnya badan dana yang amat bertuah - Mac – kini bulan yang molek, cahaya manis sejarah; dengan wang dirancang untuk ranum ke usia sarat peluh jujur rezeki subur mengisi dana berkat.
Sopan di tangan, jernih di mata dan santun di kalbu, peranum labur jimat tercermat yang mengembang gebu.
Diurus tangan canggih amanah yang tulus berhemah sehingga pepohon rezeki sempat merimbun buah.
Tulus petugas setia serasi bakti pekerja ringani bahu pentadbir, suburi harta pesara, alir pencen sumber harta yang luhur sepanjang hayat tersimbah tuahnya ke yatim diri, ke badan sihat.
Dengan tekun berilmu, tindakan yang bersanubari, yakin dipasti taman labur terindah harum ini.
5 – 15, Februari, 2007
A. SAMAD SAID
SOROTAN 2019
SOROTAN 2019
PENGURUSAN ALAT DAN PIHAK BERKEPENTINGAN PADA DISEMBER 2019
DEMOGRAFI PENCEN PADA 31 DISEMBER 2019
PROGRAM PERANCANGAN KEWANGAN
JENIS-JENIS PROGRAM PADA TAHUN 2019
Dengan melayari laman web ini, anda membantu kami mengurangkan jejak karbon kami
Untuk menyokong
Amalan baik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus KWAP