KWAP Support
We are ready to help you

Choose an option...

Press Release

Pencalonan Anugerah MyPesara 2025 Anjuran KWAP Kini Kembali, Hadiah Utama Wang Tunai RM50,000 Menanti Pemenang

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2025 – Pencalonan Anugerah MyPesara 2025, anjuran Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] kini kembali lagi buat kali yang ke-empat bagi mengiktiraf sumbangan pesara sektor awam yang kekal aktif berkhidmat kepada masyarakat semasa di alam persaraan mereka. Dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), KWAP menjemput pesara sektor awam untuk menyertai Anugerah MyPesara pada tahun ini.

Anugerah MyPesara 2025 ini adalah sebahagian daripada usaha KWAP dalam memperkasakan ekonomi perak atau ‘Silver Economy’, selaras dengan nilai-nilai teras Ekonomi MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, daya cipta dan kemampanan, sekaligus mengangkat golongan pesara yang terus menyumbang tenaga dan masa demi melahirkan masyarakat yang berdaya saing.

Kekal sama dengan tiga kategori iaitu Keusahawanan, Pendidikan serta Sosial dan Khidmat Masyarakat, Anugerah MyPesara ini diadakan untuk mendorong para pesara dan bakal pesara untuk terus mengambil bahagian dalam menyumbang secara positif kepada masyarakat semasa bersara.

Anugerah MyPesara terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang menerima pencen bulanan daripada pihak kerajaan dan berusia 55 tahun ke atas. Calon haruslah seorang yang telah bersara dari perkhidmatan awam persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk pesara Angkatan Tentera Malaysia yang mana peruntukan Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 iaitu Akta 662 tidak terpakai kepada mereka.

Selain itu, calon juga merupakan seorang individu yang aktif menyumbang kepada masyarakat dan membuat perubahan mendalam sambil menunjukkan kejayaan dalam bidang masing-masing selepas bersara, untuk tempoh minimum selama lima tahun.

Pemenang hadiah utama Anugerah MyPesara bakal menerima wang tunai sebanyak RM50,000, trofi dan sijil penghargaan. Manakala, pemenang dalam setiap kategori masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak RM10,000, trofi dan sijil penghargaan. Lima pemenang hadiah saguhati dalam setiap kategori akan mendapat wang tunai RM3,000, trofi serta sijil penghargaan.

Penyerahan borang dan dokumen penyertaan Anugerah MyPesara akan dibuka mulai 23 Jun 2025 sehingga 15 Ogos 2025. Borang permohonan boleh didapati di www.kwap.gov.my/anugerahmypesara atau secara fizikal di lokasi Jelajah MyPesara sewaktu tempoh pencalonan. Permohonan boleh dibuat melalui tiga kaedah iaitu:

  1. Emel ke anugerahmypesara@kwap.gov.my.
  2. Melalui pos atau penyerahan dokumen secara fizikal di mana-mana pejabat KWAP di Kuala Lumpur atau Cyberjaya.
  3. Semasa program Jelajah MyPesara yang diadakan di kawasan anda sepanjang tempoh pencalonan tersebut.

Majlis penyampaian Anugerah MyPesara akan diadakan semasa Karnival MyPesara 2025, yang dijadualkan berlangsung pada bulan November ini. KWAP mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke karnival tersebut, yang bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perancangan dan persediaan menghadapi fasa persaraan.

Selain Anugerah MyPesara, KWAP turut menganjurkan program Jelajah MyPesara di seluruh Malaysia untuk menawarkan khidmat nasihat kepada bakal pesara dan pesara mengenai pelbagai aspek persaraan termasuk literasi kewangan, keusahawanan dan penjagaan kesihatan yang berlangsung sehingga akhir tahun.

KWAP kekal komited dalam meningkatkan kualiti hidup pesara sektor awam sepanjang tempoh persaraan mereka melalui inisiatif MyPesara, sesuai dengan slogan “Teman Persaraan Anda”.

---TAMAT---

Feedback

Enquiry

Feedback Form

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
This site is best viewed using the current browser version of Firefox, Chrome and Safari or Internet Explorer 10 and higher.

subscribe now for our latest insights!

This site is best viewed using the current browser version of Firefox, Chrome and Safari or Internet Explorer 10 and higher.

Notice of Tender

Proposal for the Governance, Risk & Compliance...

Notice of Tender

Proposal to Supply, Deliver, Install, Test, and Co...
Contact Us
Follow Us
Contact Us
Follow Us