Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda
Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP. Sila
pilih menu di bawah untuk memudahkan carian
anda.

Memilih pilihan...

Kenyataan Akhbar

KWAP Lancar Jana MyPesara, Program Pembiayaan Mikro untuk Menyokong Pesara Sektor Awam

Peruntukan RM20 juta ini membantu para pesara memperkukuh daya tahan kewangan dalam tempoh persaraan, selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI

KUALA LUMPUR, 12 Februari 2026 – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] hari ini melancarkan Jana MyPesara, sebuah program pembiayaan mikro yang bertujuan membantu pesara untuk menjalankan aktiviti menjana pendapatan serta mengukuhkan daya tahan kewangan mereka semasa persaraan.

Dilancarkan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, Jana MyPesara mencerminkan komitmen Kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI untuk menggalakkan pertumbuhan inklusif serta usaha “menaikkan lantai”, dengan membolehkan para pesara menceburi aktiviti penjanaan pendapatan dan terus terlibat secara bermakna dalam kegiatan ekonomi, sekali gus memperkukuh daya tahan kewangan mereka dalam tempoh persaraan.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, “Peruntukan RM20 juta untuk Jana MyPesara di bawah Belanjawan 2026 menandakan satu anjakan strategik ke arah pengukuhan jaringan keselamatan sosial yang lebih berdaya tahan untuk para pesara. Seiring dengan penuaan penduduk Malaysia, inisiatif ini mengambil pendekatan seluruh negara (whole-of-nation) dengan memanfaatkan kestabilan ekonomi serta kerjasama erat antara agensi kerajaan dan rakan pelaksana sektor swasta bagi memastikan sokongan yang disediakan adalah bersasar dan mampan.”

Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed berkata, “Pesara sektor awam telah menyumbang khidmat bakti yang amat besar kepada negara dan ramai dalam kalangan mereka masih berhasrat untuk terus aktif dan berdikari serta terus terlibat secara langsung dalam kegiatan ekonomi. Namun, bagi sesetengah pihak, cabaran utamanya bukan pada motivasi, sebaliknya kesukaran mendapatkan pembiayaan serta sokongan yang bersesuaian. Jana MyPesara membantu menangani jurang ini, berteraskan disiplin serta tadbir urus yang kukuh.”

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang merupakan rakan pelaksanaan program ini adalah sebuah badan amanah yang diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952. Ianya adalah sebuah institusi pembiayaan mikro paling lama beroperasi di Malaysia, dengan pengalaman hampir 40 tahun dan mempunyai rangkaian di seluruh negara dengan lebih 320,000 peminjam. Melalui Program Jana MyPesara, AIM akan menguruskan penyaluran pembiayaan mikro kepada pesara yang layak, berpandukan proses sedia ada yang ditetapkan seperti latihan berstruktur, bimbingan dan pemantauan berkala, sistem Sahabat yang diiktiraf luas serta pendekatan pembiayaan secara berkumpulan. Berbekalkan infrastruktur yang menyeluruh dan model operasi yang terbukti berkesan, AIM memastikan program ini dapat dilaksanakan secara cekap, di samping memberi panduan rapi kepada peserta sepanjang perjalanan keusahawanan mereka serta membantu menjana pendapatan mampan dalam fasa persaraan.

Program Jana MyPesara dirangka berdasarkan dapatan tinjauan KWAP yang menunjukkan hampir 60 peratus responden berminat untuk menceburi bidang keusahawanan selepas persaraan, dengan keperluan menambah pendapatan sebagai faktor utama. Dengan KWAP yang kini memberi perkhidmatan kepada lebih 810,000 penerima pencen di seluruh Malaysia dan jumlah ini dijangka terus meningkat seiring dengan peralihan Malaysia ke arah status negara tua menjelang tahun 2048, pelaksanaan Jana MyPesara merupakan satu langkah yang tepat pada masanya untuk menyokong para pesara agar kekal terlibat dalam kegiatan ekonomi serta lebih bersedia menghadapi tahun-tahun akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kwap.gov.my/janamypesara.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Menyediakan Perkhidmatan Nasihat Op...

Cadangan untuk Menyediakan Perkhidmatan Nasihat Operasi bagi Pembangunan Berorientasikan Persaraan untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Pelantikan Penyedia Perkhidmatan bagi Pel...

Cadangan Pelantikan Penyedia Perkhidmatan bagi Pelaksanaan Sistem ePerolehan untuk KWAP

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.