Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda

Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP.

Sila pilih menu di bawah untuk memudahkan

carian anda.


Choose an option...

PDP Notis

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN KUKI (COOKIE) BAGI LAMAN SESAWANG

1. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), bersama anak syarikat milik penuh (termasuk tetapi tidak terhad kepada, KWEST Sdn Bhd dan Prima Ekuiti (UK) Limited (“PEUK”)) dan entiti tujuan khas (special purpose entities) (secara kolektif “KWAP” atau “kami”) akan memproses data peribadi anda bagi tujuan penggunaan anda terhadap perkhidmatan kami melalui laman sesawang kami (“Laman”), penyertaan anda dalam sebarang acara, program, latihan, bengkel, seminar, tinjauan dan semua acara lain yang dianjurkan oleh KWAP, dan/atau sebarang bentuk penglibatan lain bersama KWAP. Data peribadi anda akan diperoleh daripada:
  • borang dan dokumen sokongan yang telah anda isi / serahkan, perlu atau mungkin dikehendaki untuk diisi / diserahkan;
  • interaksi dan komunikasi anda bersama KWAP melalui pelbagai kaedah termasuk e-mel, media sosial dan surat, panggilan telefon dan perbualan anda bersama kakitangan KWAP dan/atau ejen yang telah diberi kuasa oleh kami, sama ada melalui Laman atau sebaliknya;
  • penyertaan anda dalam apa-apa pertandingan dan/atau acara yang dianjurkan oleh kami; dan/atau
  • domain awam dan pihak ketiga seperti badan berkanun, atau agensi kerajaan dan/atau penyedia perkhidmatan.
2. Data peribadi anda yang mungkin dikumpul dan diproses termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
  • identiti dan latar belakang anda (termasuk nama, nombor kad pengenalan / pasport atau salinannya, pekerjaan, tempat kerja atau pembelajaran, tarikh lahir, umur, jantina, bangsa, agama, kewarganegaraan, maklumat akademik, maklumat mengenai media sosial, identiti dan akaun pengguna, gambar, sejarah perjalanan dan maklumat perubatan anda) – kecuali pemastautin United Kingdom (“UK”) atau Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”), yang mana data mengenai identiti dan latar belakang yang akan dikumpul adalah lebih terhad;
  • maklumat perhubungan anda (termasuk nombor telefon, e-mel, alamat surat-menyurat dan nombor faks anda);
  • maklumat keluarga anda (termasuk nama, hubungan mereka dengan anda, nombor kad pengenalan / pasport atau salinannya, umur, jantina, tarikh lahir dan pekerjaan mereka);
  • maklumat perhubungan kecemasan anda (termasuk nama, hubungan mereka dengan anda dan butiran perhubungan untuk dihubungi);
  • maklumat yang dihasilkan daripada penggunaan Laman oleh anda, termasuk maklumat yang diperoleh daripada kuki seperti data lokasi, alamat IP anda, masa dan tarikh anda melawat Laman, halaman yang dilawat dan maklumat lain yang berkaitan;
  • kelayakan dan/atau pengalaman profesional anda, jawatan pekerjaan dan/atau majikan;
  • butiran kewangan anda (termasuk butiran perbankan); dan/atau
  • sebarang data peribadi lain yang anda berikan kepada kami bagi tujuan transaksi komersial atau berkaitan dengan urusan perniagaan diantara anda dan KWAP.
3. Dengan mengakses dan menggunakan Laman dan/atau berkomunikasi dan berinteraksi dengan KWAP, anda membenarkan KWAP untuk memproses data peribadi anda mengikut Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini (kecuali pemastautin UK dan EEA, yang mana kebenaran tidak diperlukan sekiranya asas undang-undang lain terpakai, seperti yang dijelaskan di bawah):

Bagi pemastautin UK atau EEA

KWAP boleh mengumpul, menggunakan dan berkongsi maklumat anda berdasarkan satu atau lebih daripada asas undang-undang yang berikut:

  1. seperti yang diperlukan untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami;
  2. bagi melindungi kepentingan anda, atau kepentingan pihak lain;
  3. seperti yang diperlukan untuk kepentingan awam;
  4. seperti yang diperlukan untuk kepentingan sah kami (atau pihak lain), kecuali di mana kepentingan tersebut diatasi oleh kepentingan anda atau hak dan kebebasan asas yang memerlukan perlindungan data peribadi, termasuk:
    • bagi menghantar jemputan kepada anda ke acara, dan/atau kemas kini e-mel;
    • bagi mempromosikan dan menjalankan fungsi KWAP;
    • bagi menguruskan hubungan kami dengan penasihat pakar kami atau mana-mana vendor atau calon vendor;
    • untuk menganjurkan dan menguruskan taklimat bagi pihak berkepentingan;
    • untuk mematuhi dasar/polisi dalaman KWAP; dan
    • untuk melindungi KWAP (termasuk hak dan/atau harta kami) atau pihak lain, termasuk dalam konteks penyiasatan atau pertanyaan kawal selia.
  5. untuk melaksanakan kewajipan kontrak kami, atau mengambil langkah atas permintaan anda sebelum memasuki kontrak dengan anda; dan
  6. dengan persetujuan anda, melainkan kami mempunyai asas undang-undang lain untuk berbuat demikian.
4. Di mana yang berkenaan, kami akan memproses data dan maklumat peribadi anda bagi tujuan yang berikut:
  • bagi memudahkan penggunaan dan akses anda ke Laman;
  • bagi menganalisis penggunaan Laman oleh anda dan kecenderungan/trend lain;
  • bagi meningkatkan fungsi dan kemesraan pengguna Laman;
  • bagi meminta maklum balas dan/atau menghubungi anda mengenai penggunaan Laman oleh anda;
  • bagi tujuan perhubungan dan komunikasi, termasuk untuk menjawab sebarang pertanyaan dan aduan serta untuk kecemasan;
  • bagi memproses pendaftaran dan penyertaan anda berhubung dengan sebarang pertandingan, acara dan/atau tinjauan yang dianjurkan oleh KWAP;
  • bagi tujuan dipaparkan dalam penerbitan rasmi yang akan diterbitkan di Laman, platform media sosial dan portal dalaman, termasuk tetapi tidak terhad kepada penerbitan dan pengumuman laporan tahunan KWAP, atau penerbitan luar termasuk portal berita dan saluran media;
  • bagi tujuan pematuhan, audit dan penilaian risiko;
  • bagi tujuan pentadbiran dan operasi;
  • bagi melaporkan dan menyiasat aduan dan mencegah transaksi yang mencurigakan, aktiviti haram dan aktiviti lain yang menyalahi undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, rasuah dan pengubahan wang haram;
  • bagi melindungi dan menguatkuasakan hak KWAP di bawah undang-undang yang terpakai atau untuk mempertahankan hak KWAP di bawah undang-undang dan/atau untuk mendapatkan nasihat undang-undang;
  • bagi tujuan pengenalan, pengesahan dan keselamatan;
  • bagi mematuhi dasar/polisi dalaman KWAP;
  • bagi melaksanakan kewajipan kami berkenaan dengan sebarang transaksi komersial yang dibuat bersama anda atau dengan mana-mana vendor kami; dan/atau
  • bagi apa-apa tujuan lain yang berkaitan, bersampingan atau lanjutan kepada tujuan di atas.

Maklumat yang anda berikan adalah diperlukan oleh pihak kami. Kecuali yang dinyatakan sebaliknya, semua maklumat yang diminta oleh KWAP adalah wajib atau relevan kepada kepentingan sah kami. Jika anda tidak memberikan semua maklumat seperti yang diminta dan/atau tidak membenarkan kami memproses maklumat dengan sewajarnya, kami tidak akan dapat menyimpan rekod lengkap maklumat anda, dan ini akan menjejaskan keupayaan kami untuk mencapai tujuan seperti yang dinyatakan di atas.

Apabila anda memberi maklumat kepada kami, anda  menjamin bahawa maklumat tersebut adalah tepat, lengkap, terkini dan benar. Di mana anda memberikan data peribadi pihak lain, seperti tanggungan atau ahli keluarga anda, anda mengakui dan menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan mereka untuk kami memproses data peribadi mereka.


Bagi pemastautin UK atau EEA

Apabila kami memproses data yang anda berikan kepada kami berdasarkan persetujuan anda, anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa, tanpa menjejaskan kesahihan pemprosesan berdasarkan persetujuan sebelum penarikannya. Untuk melaksanakan hak anda, sila hubungi kami melalui maklumat perhubungan di bawah.

Klik sini: Akses, pembetulan dan aduan

5. Penyimpanan data

KWAP menyimpan data sehingga ia tidak lagi diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas. Ini adalah ditentukan berdasarkan kes demi kes yang bergantung kepada perkara-perkara seperti sifat data, tujuan ia dikumpul dan diproses dan keperluan penyimpanan di bawah undang-undang atau operasi yang berkaitan.

 

Dalam sesetengah keadaan, KWAP boleh menyingkirkan (anonymise) nama dalam maklumat anda atau mengumpulkannya dengan maklumat lain supaya ia tidak lagi boleh dikaitkan dengan anda, dimana dalam hal ini KWAP boleh menggunakan maklumat tersebut tanpa memberi notis lanjut kepada anda.

6. Data peribadi sensitif

Dengan memberikan persetujuan secara nyata, anda telah bersetuju untuk memberikan persetujuan nyata (explicit consent) bagi kami memproses data peribadi sensitif anda seperti keadaan dan kesihatan mental atau fizikal anda, kepercayaan agama dan/atau salah laku (sivil atau jenayah, jika ada)  untuk tujuan yang dinyatakan di atas atau seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang.

 

Kami juga boleh mendapatkan maklumat peribadi sensitif anda daripada pihak lain sekiranya ia dibenarkan di bawah undang-undang.

 

Bagi pemastautin UK atau EEA

  1. Anda boleh memilih untuk memberikan maklumat sensitif kepada kami mengenai bangsa atau etnik anda, kepercayaan agama atau falsafah, keahlian kesatuan sekerja, orientasi seksual, pendapat politik, kesihatan anda, dan/atau sabitan jenayah, tuduhan, prosiding dan kesalahan yang berkaitan dengan anda (“Maklumat Sensitif“). Ini tertakluk kepada perlindungan khas di bawah undang-undang EEA dan UK. Di mana KWAP mengumpul, menggunakan dan berkongsi Maklumat Sensitif anda dalam kes-kes di mana undang-undang perlindungan data UK / EEA terpakai, ia bergantung kepada satu atau lebih daripada asas undang-undang yang berikut:
    • dengan persetujuan anda, yang anda boleh menarik balik pada bila-bila masa;
    • untuk mewujudkan, melaksanakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang; atau
    • di mana maklumat telah didedahkan kepada umum oleh anda.
  2. Sila jangan kongsi Maklumat Sensitif bukan awam dengan kami melainkan anda bersetuju untuk kami menyimpan dan menggunakan maklumat tersebut.
7. Penzahiran data

KWAP boleh menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (termasuk yang berada di dalam dan di luar Malaysia) bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini:

  • ejen dan penasihat anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada akauntan, juruaudit, peguam, penasihat kewangan atau penasihat profesional lain) dan mana-mana individu lain yang dimaklumkan oleh dan diberi kuasa oleh anda;
  • mana-mana individu yang berada di bawah kewajipan kerahsiaan dan/atau yang telah menjalankan tanggungjawab untuk merahsiakan data tersebut;
  • mana-mana pemegang serahhak, peserta, sub-peserta atau penerima pindah milik sebenar atau dicadangkan terhadap mana-mana hak atau kewajipan kami;
  • pihak ketiga yang dilantik oleh KWAP bagi menyediakan perkhidmatan kepada KWAP atau bagi pihak kami (termasuk ejen KWAP, penasihat profesional, dan penyedia perkhidmatan lain);
  • penganjur acara;
  • calon pembeli atau pembeli sebenar, pengganti hak milik perniagaan atau saham (secara keseluruhan atau sebahagian) mana-mana anak syarikat KWAP, syarikat berkaitan, entiti dan sekutu yang dikawal bersama (termasuk penasihat dan wakil mereka) yang terhasil daripada penjualan perniagaan, pelupusan, pengambilalihan, penggabungan atau penyusunan semula yang berpotensi, dicadangkan atau sebenar;
  • syarikat berkaitan dengan KWAP, syarikat-syarikat bersekutu, sekutu dan rakan strategik; dan/atau
  • pihak lain, di mana persetujuan terhadap penzahiran data peribadi anda telah diperoleh atau di mana penzahiran adalah diperlukan untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau kawal selia.

Selain daripada yang tertera di atas, kami tidak akan menzahirkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga yang lain tanpa persetujuan anda. Walau bagaimanapun, kami boleh menzahirkan data peribadi anda secara suci hati, sekiranya tindakan sedemikian diperlukan untuk mematuhi keperluan kerajaan atau agensi penguatkuasaan undang-undang (termasuk di luar negara), perintah mahkamah atau proses undang-undang, atau jika dikehendaki untuk berbuat demikian oleh undang-undang.

 

Bagi pemastautin UK atau EEA

Bagi memastikan maklumat anda mendapat tahap perlindungan yang mencukupi apabila kami memindahkan data ke mana-mana negara yang bukan tertakluk kepada keputusan kecukupan (adequacy decision), KWAP telah atau akan melaksanakan langkah-langkah yang sesuai, termasuk klausa kontrak yang standard. Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi kami melalui maklumat perhubungan di bawah:

Tel : +603-21748095
Emel : idpm@kwap.gov.my

8. Pembuatan Keputusan Secara Automatik

Bagi pemastautin UK atau EEA

KWAP tidak menjangkakan bahawa sebarang keputusan mengenai anda akan diambil oleh KWAP dengan menggunakan cara automatik, namun kami akan memaklumkan kepada anda dengan menyiarkan versi terkini notis privasi ini sekiranya keadaan ini berubah.

9. Hak untuk Mengadu

Bagi pemastautin UK atau EEA

Subjek data UK dan EEA mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan negara mereka untuk isu perlindungan data di mana KWAP bertindak sebagai pengawal data di bawah undang-undang perlindungan data UK atau EEA.

 

Untuk subjek data UK, pihak berkuasa penyeliaan  adalah Pejabat Pesuruhjaya Maklumat UK (UK Information Commissioner’s Office).

10. Pautan ke laman sesawang pihak ketiga

Laman mungkin mengandungi pautan luaran ke laman sesawang pihak ketiga. Kami tidak akan bertanggungjawab keatas pemprosesan data peribadi anda oleh pihak ketiga tersebut. Sekiranya anda memberikan data peribadi anda secara terus kepada laman sesawangtersebut, dasar perlindungan data peribadi seperti yang disediakan di laman sesawang tersebut akan menentukan pemprosesan data peribadi tersebut.

11. Akses, pembetulan dan aduan

Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau permintaan untuk mengakses, membetulkan atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghubungi Pengurus Perlindungan Data kami seperti berikut:

Tel       :   +603-21748095

Emel    : idpm@kwap.gov.my

Kami akan menangani permohonan anda secepat mungkin sejurus menerima permohonan tersebut. Sila ambil perhatian bahawa sebarang permintaan untuk mengakses atau membetulkan data peribadi mungkin tertakluk kepada bayaran dan  kepada undang-undang perlindungan data semasa di Malaysia.


Bagi pemastautin UK atau EEA
KWAP may collect, use and share your information on one or more of the following legal bases:

  1. Jika anda seorang pemastautin UK atau EEA, anda mempunyai hak untuk:
    • Meminta akses kepada maklumat peribadi anda (biasanya dikenali sebagai permintaan akses subjek data). Ini membolehkan anda meminta salinan maklumat peribadi anda yang disimpan oleh KWAP dan untuk memeriksa bahawa ia diproses secara sah;
    • Meminta untuk membetulkan maklumat peribadi anda;
    • Meminta pemadaman maklumat peribadi anda. Ini membolehkan anda meminta KWAP untuk memadam atau mengeluarkan maklumat peribadi di mana tiada sebab yang munasabah untuk KWAP terus memprosesnya;
    • Membantah pemprosesan maklumat peribadi anda di mana KWAP bergantung pada kepentingan yang sah sebagai dasar pemprosesan dan terdapat situasi tertentu yang membuatkan anda ingin membantah pemprosesan atas alasan ini;
    • Meminta sekatan pemprosesan maklumat peribadi anda. Ini membolehkan anda meminta KWAP untuk menggantung pemprosesan maklumat peribadi anda, contohnya jika anda ingin menentukan ketepatannya atau sebab pemprosesannya;
    • Meminta pemindahan maklumat peribadi anda kepada pihak lain (dalam beberapa keadaan, contohnya jika kami memproses data peribadi anda hasil daripada persetujuan anda di bawah undang-undang perlindungan data UK atau EEA, atau untuk memenuhi kontrak dengannya); dan/atau
    • Menarik balik persetujuan andauntuk memproses maklumat peribadi anda pada bila-bila masa di mana kami memproses data peribadi berdasarkan persetujuan anda, tanpa menjejaskan kesahihan pemprosesan berdasarkan persetujuan sebelum penarikannya.
  2. Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan, atau untuk melaksanakan hak anda di bawah undang-undang perlindungan data UK atau EU, anda boleh menghubungi Pengurus Perlindungan Data kami seperti berikut:
    Tel : +44 20 3595 1250
    Emel    : privacy@primaekuiti.co.uk
12. Pengawal Data

Bagi pemastautin UK atau EEA

Di bawah undang-undang perlindungan data UK dan EEA, pengawal data bertanggungjawab untuk memutuskan bagaimana ia menyimpan dan menggunakan maklumat anda. Bagi pemastautin EEA atau UK, KWAP, PEUK, anak syarikat milik penuh KWAP dan/atau entiti tujuan khas KWAP akan bertindak sebagai pengawal data, bergantung kepada pemprosesan yang berkaitan, dan dua atau lebih daripada mereka mungkin bertindak sebagai pengawal data bersama, apabila relevan.

 

Jika maklumat dikumpulkan secara langsung oleh PEUK, mereka mungkin bertindak sebagai pemproses bagi pihak KWAP. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, contohnya di mana PEUK mempunyai hubungan secara langsung dengan vendor, PEUK boleh bertindak sebagai pengawal data.

 

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

Level 36, Integra Tower

The Intermark

348, Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur, Malaysia

No Talian Am: +603-21748000

 

Prima Ekuiti (UK) Limited

Prima Ekuiti,

Suite 2, 9th Floor,

Berkeley Square House,

Berkeley Square, London, W1J 6DD

No Talian Am: +44 20 3595 1250

 

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengurus Perlindungan Data kami, yang mana maklumat perhubungannya dinyatakan di bawah Seksyen 11 di atas.

 

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

 

Sila ambil perhatian bahawa sebarang pindaan kepada Notis ini akan disampaikan kepada anda melalui mod komunikasi yang sesuai.

13. Kuki (Cookies)

Laman kami menggunakan kuki untuk membezakan anda daripada pengguna lain di Laman kami. Ini membantu kami memberikan anda pengalaman yang baik apabila anda melayari Laman kami dan juga membolehkan kami memperbaiki Laman  kami.

 

Kuki ialah fail kecil yang mengandungi huruf dan nombor yang kami simpan pada pelayar (browser) anda atau cakera keras komputer anda jika anda bersetuju. Kuki mengandungi maklumat yang dipindahkan ke cakera keras komputer anda.

 

Kuki mungkin terdiri daripada yang berikut:

  • Kuki yang diperlukan. Ini adalah kuki yang diperlukan untuk operasi laman sesawang. Ia termasuk, sebagai contoh, kuki yang membolehkan anda log masuk ke kawasan selamat di laman sesawang, menggunakan troli belanja (shopping cart) atau menggunakan perkhidmatan e-billing;
  • Kuki analisis atau prestasi. Ini membolehkan laman sesawang mengenali dan mengira jumlah pelawat dan melihat bagaimana pelawat bergerak di sekitar laman sesawang ketika mereka menggunakannya. Ini membantu meningkatkan cara laman sesawang berfungsi, contohnya, dengan memastikan bahawa pengguna menjumpai apa yang dicari dengan mudah;
  • Kuki fungsi. Ini digunakan untuk mengenali anda apabila anda kembali ke laman sesawang. Ini membolehkan laman sesawangmemperibadikan kandungan untuk anda, menyambut anda dengan nama dan mengingati pilihan anda (contohnya, pilihan bahasa atau rantau anda); atau
  • Kuki sasaran. Kuki ini merekodkan lawatan anda ke laman sesawang, halaman yang telah anda lawati dan pautan yang telah anda ikuti. Laman sesawang menggunakan maklumat ini untuk menjadikan laman sesawang dan pengiklanan yang dipaparkan di atasnya lebih relevan kepada minat anda.

Anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih mengenai kuki individu yang kami gunakan dan tujuan kami menggunakannya dalam jadual di bawah:

Nama Kuki Tujuan Maklumat lanjut
Google Analytics Kuki ini membolehkan kami menganggarkan saiz khalayak pengguna dan corak penggunaan. Klik sini

Jika anda menggunakan tetapan pelayar anda untuk menyekat semua kuki (termasuk kuki penting) anda mungkin tidak dapat mengakses semua atau sebahagian Laman kami.

 

Kecuali kuki penting, semua kuki akan tamat tempoh selepas dua puluh enam (26) bulan dari tarikh lawatan anda ke Laman kami.

 

Anda boleh mengawal dan/atau memadamkan kuki mengikut kehendak anda, ketahui dengan lebih lanjut dengan melayari Tentang Kuki. Anda boleh memadam semua kuki yang ditetapkan pada komputer anda dan anda juga boleh menetapkan kebanyakan pelayar laman untuk tidak membenarkan ia ditetapkan. Walau bagaimanapun, jika anda melakukan tetapan ini, anda mungkin perlu melaraskan beberapa pilihan secara manual setiap kali anda melawat laman sesawang dan berkemungkinan beberapa perkhidmatan tidak akan berfungsi.

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN ANDA DENGAN PERSPEKTIF DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Menyewakan Komputer Riba dan Komputer Meja kepada KWAP

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami