Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda
Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP. Sila
pilih menu di bawah untuk memudahkan carian
anda.

Memilih pilihan...

Tinjauan

TAN SRI MOHD DUSUKI BIN MOKHTAR

Ahli Lembaga KWAP

Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar telah dilantik sebagai ahli Lembaga KWAP pada tahun 2024. Beliau kini berkhidmat sebagai Peguam Negara Malaysia yang ke-13, jawatan yang disandangnya sejak 12 November 2024.

 

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang undang-undang pada tahun 1993 sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara Malaysia dan seterusnya berkhidmat dalam pelbagai jawatan kanan untuk tiga dekad berikutnya. Antara pencapaian penting dalam kerjayanya adalah termasuk berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang Kanan di Kementerian Dalam Negeri, Pengerusi Mahkamah Perusahaan di Kementerian Sumber Manusia. Beliau juga merupakan Ketua Unit Rayuan dan Ketua Unit Jenayah Am dan Seksual merangkap Pengarah Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (National Revenue Recovery Enforcement Team – NRRET). Tan Sri Dusuki juga telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua dan seterusnya Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan di Jabatan Peguam Negara.

 

Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau yang berterusan kepada negara, Tan Sri Mohd Dusuki telah dikurniakan beberapa darjah kebesaran, termasuk Darjah Ahli Setia Mahkota Kelantan (ASK), Darjah Dato’ Paduka Seri Kelantan (DPSK), dan Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) yang dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

 

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B. Hons) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1992 dan Ijazah Sarjana Undang-Undang (LL.M.) dari Universiti Wollongong, Australia, dengan pengkhususan dalam bidang Amalan Pendakwaan (Prosecutorial Practice).

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Membangunkan, Membekal, Menghantar,...

Cadangan untuk Membangunkan, Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujiguna dan Mentauliahkan Aplikasi Mudah Alih MyPesara 2.0 untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk perancangan, pengurusan, pengendali...

Cadangan untuk perancangan, pengurusan, pengendalian, produksi dan kerja-kerja kreatif serta publisiti bagi acara Karnival, Riadah dan Anugerah MyPesara 2025.

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami