Kadar Caruman
Home Contribution Kadar Caruman
Kadar Caruman
Caruman bulanan pegawai berstatus tetap dan berpencen
17.5% daripada gaji hakiki bulanan kakitangan. (Rujuk Seksyen 8(1) Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239) .)
Caruman bulanan pegawai pinjaman berstatus tetap dan berpencen
17.5% daripada gaji bulanan jawatan hakiki (secara isyarat). (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12, 2008 Dasar & Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap.)
TARIKH BAYARAN CARUMAN
Caruman bulanan, sama ada melalui EFT/TT, RENTAS atau cek, mestilah sampai kepada KWAP sebelum atau selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan berikutnya. (Rujuk Seksyen 8 (3) Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990.)
| BULAN | TARIKH AKHIR BAYARAN CARUMAN |
|---|---|
| Januari | 28 / 29 Februari |
| Februari | 31 Mac |
| Mac | 30 April |
| April | 31 Mei |
| Mei | 30 Jun |
| Jun | 31 Julai |
| Julai | 31 Ogos |
| Ogos | 30 September |
| September | 31 Oktober |
| Oktober | 30 November |
| November | 31 Disember |
| Disember | 31 Januari |
DENDA UNTUK CARUMAN LEWAT BAYAR
Di bawah Seksyen 8(4) Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239) , denda pada kadar 0.5% daripada amaun caruman akan dikenakan setiap bulan selagi amaun caruman tersebut tidak dibayar.
