Page 228 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 228
MEMPERKAYAKAN MASA HADAPAN MEMPERKAYAKAN KEMAJUAN NEGARA MEMPERKAYAKAN NILAI PIHAK BERKEPENTINGAN MEMPERKAYAKAN IMPAK KEMAMPANAN
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023
34. RISIKO KEWANgAN (SAMBUNgAN)
(d) Risiko kredit (sambungan)
(ii) Pengukuran kerugian kredit dijangka (“ECL”)
Kumpulan dan KWap mengguna pakai tiga (3) peringkat bagi pinjaman dan belum terima serta instrumen
hutang bagi mencerminkan risiko kredit dan penentuan peruntukan kerugian bagi setiap kategori. andaian
bagi dasar model eCl Kumpulan dan KWap diringkaskan seperti berikut:
Kategori Definisi Kategori Bagi Kumpulan Dan KWAP Asas Pengiktirafan ECL
peringkat 1 penghutang yang mempunyai risiko penjejasan yang eCl 12 bulan
rendah dan keupayaan yang kukuh bagi memenuhi|
pembayaran aliran tunai kontrak
peringkat 2 penghutang yang mempunyai peningkatan risiko kredit eCl Sepanjang hayat
yang signifikan atau anggapan peningkatan risiko kredit
yang signifikan sekiranya pembayaran faedah dan/atau
pokok melebihi 30 hari dari tarikh pembayaran.
peringkat 3 pembayaran faedah dan/atau pokok melebihi 90 hari eCl Sepanjang hayat
dari tarikh pembayaran atau terdapat bukti yang
menunjukan rosot nilai kredit kewangan.
berdasarkan maklumat diatas, peruntukan kerugian diukur samada pada 12 bulan eCl atau eCl sepanjang
hayat menggunakan kaedah “pd x lgd x ead” seperti yang berikut:
• PD (“Probability of Default”) – penghutang berkemungkinan tidak berupaya untuk membuat pembayaran
sepanjang tempoh kontrak;
• LGD (“Loss Given Default”) – peratusan aliran tunai kontrak yang tidak dapat diterima sekiranya berlaku
penjejasan; dan
• EAD (“Exposure At Default”) – amaun tertunggak yang terdedah pada risiko penjejasan.
Kumpulan dan KWap telah mengenal pasti overnigh policy rate (“opr”) (lag 1 tahun) ditetapkan bank
negara malaysia (“bnm”) & indeks ekuiti sebagai faktor paling relevan untuk instrumen domestik, dan kadar
dana persekutuan dan indeks komoditi luas sebagai faktor yang paling relevan untuk instrumen antarabangsa.
Kumpulan dan KWap telah melaraskan informasi tanda aras luaran berdasarkan kepada jangkaan perubahan
faktor-faktor tersebut. tiada perubahan bagi teknik anggaran atau andaian yang dilaksanakan sepanjang
tahun laporan.
226 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) i LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023