Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda
Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP. Sila
pilih menu di bawah untuk memudahkan carian
anda.

Memilih pilihan...

Kenyataan Akhbar

KWAP Memacu Agenda Nasional Kesejahteraan Warga Emas melalui Projek Perintis Berorientasikan Persaraan di Pulau Pinang

Usaha kolaboratif bersama MAINPP dan KWEST ini memperkukuh perlindungan sosial serta meningkatkan kualiti hidup golongan pesara di Malaysia

Permatang Pauh, 8 November 2025 – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] mengambil langkah proaktif bagi memenuhi keperluan populasi warga emas yang semakin meningkat di Malaysia melalui pelaksanaan projek perintis Pembangunan Berorientasikan Persaraan atau Retirement-Oriented Development (ROD) di Kepala Batas, Pulau Pinang, dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan KWEST Sdn. Bhd., anak syarikat pembangunan hartanah milik KWAP.

Inisiatif ini yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, merupakan sebahagian daripada agenda Belanjawan 2026. Ia mencerminkan komitmen KWAP dalam memperkasa kesejahteraan negara selaras dengan prinsip Ekonomi MADANI, melalui pelaburan yang bukan sahaja menjana pulangan kewangan tetapi turut memberi nilai sosial kepada masyarakat.

Projek perintis ini akan dibangunkan di atas tanah Baitulmal seluas kira-kira 10 ekar milik MAINPP, sekali gus memperkenalkan model kerjasama baharu antara pelabur institusi dan majlis agama negeri bagi menyokong pembangunan komuniti yang mampan. KWEST akan bertindak sebagai pengurus pembangunan, menyelia perancangan serta pelaksanaan projek bagi pihak KWAP.

Dengan menitikberatkan aspek kemampuan dan fleksibiliti, konsep gaya hidup berdikari ini menawarkan pilihan pajakan serta program terancang bersama MAINPP yang memperkayakan kehidupan pesara melalui pembelajaran berterusan dan jalinan sosial. Inisiatif ini dibuka kepada orang awam dengan keutamaan diberi kepada pesara. Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KWAP untuk membangunkan ekonomi warga emas yang inklusif dan berdaya tahan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed, berkata: “Inisiatif ini memperlihatkan komitmen KWAP untuk memperkukuh agenda nasional di bawah Ekonomi MADANI melalui pelaburan yang menjana nilai kewangan dan sosial. Menerusi projek perintis ini, KWAP menterjemahkan dasar kerajaan kepada hasil yang nyata, serta menyokong kesejahteraan warga emas di Malaysia.”

Projek perintis ini merupakan sebahagian daripada peruntukan RM300 juta di bawah Belanjawan 2026 bagi membolehkan pembangunan seumpamanya dilaksanakan di negeri-negeri lain. KWAP akan terus meneroka potensi model ini untuk diguna pakai di seluruh negara, sejajar dengan peranan KWAP sebagai pengurus pelaburan jangka panjang yang komited meningkatkan kesejahteraan pesara dan memberikan nilai bermakna kepada masyarakat selaras dengan falsafah Matlamat Melangkaui Pulangan (“Purpose Beyond Returns”).

YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia (ketiga dari kiri), menyaksikan pertukaran dokumen antara YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), dan Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] (kanan), sempena pelancaran projek perintis Pembangunan Berorientasikan Persaraan (ROD) di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Turut hadir ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II (paling kiri), Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masjid MADANI Permatang Pauh, dan Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Pelantikan Penyedia Perkhidmatan bagi Pel...

Cadangan Pelantikan Penyedia Perkhidmatan bagi Pelaksanaan Sistem ePerolehan untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Membekal, Memasang, Menguji dan Men...

Cadangan untuk Membekal, Memasang, Menguji dan Mentauliah Peralatan Pelayan Fizikal Baru Serta Perkhidmatan Berkaitan untuk Aplikasi Sistem di KWAP

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.