Galeri Video

Memilih pilihan...
Aras 11, Skytech Tower 2
MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya, Selangor
Telefon
Faks
Emel
Aras 36,
Menara Integra, The Intermark
348, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon
Faks
Emel
Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar telah dilantik sebagai ahli Lembaga KWAP pada tahun 2024. Beliau kini berkhidmat sebagai Peguam Negara Malaysia yang ke-13, jawatan yang disandangnya sejak 12 November 2024.
Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang undang-undang pada tahun 1993 sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara Malaysia dan seterusnya berkhidmat dalam pelbagai jawatan kanan untuk tiga dekad berikutnya. Antara pencapaian penting dalam kerjayanya adalah termasuk berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang Kanan di Kementerian Dalam Negeri, Pengerusi Mahkamah Perusahaan di Kementerian Sumber Manusia. Beliau juga merupakan Ketua Unit Rayuan dan Ketua Unit Jenayah Am dan Seksual merangkap Pengarah Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (National Revenue Recovery Enforcement Team – NRRET). Tan Sri Dusuki juga telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua dan seterusnya Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan di Jabatan Peguam Negara.
Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau yang berterusan kepada negara, Tan Sri Mohd Dusuki telah dikurniakan beberapa darjah kebesaran, termasuk Darjah Ahli Setia Mahkota Kelantan (ASK), Darjah Dato’ Paduka Seri Kelantan (DPSK), dan Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) yang dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B. Hons) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1992 dan Ijazah Sarjana Undang-Undang (LL.M.) dari Universiti Wollongong, Australia, dengan pengkhususan dalam bidang Amalan Pendakwaan (Prosecutorial Practice).