Page 249 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 249

MEMPERKAYAKAN PRESTASI DAN KOMITMEN  MEMPERKAYAKAN AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI  MEMPERKAYAKAN DAYA TAHAN DAN PERTUMBUHAN MAMPAN  MAKLUMAT LAIN

          NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023



          35.  NILAI SAKSAMA INSTRUMEN KEWANgAN (SAMBUNgAN)
             (b)  Penentuan nilai saksama

                (i)  Tunai dan kesetaraan tunai, penghutang dan pemiutang
                    nilai dibawa bagi aset dan liabiliti kewangan di atas ditentukan berdasarkan anggaran munasabah nilai
                    saksama disebabkan oleh sama ada sifat jangka pendek atau keperluan bayaran balik atas permintaan.
                (ii)  Pinjaman belum terima

                    nilai saksama pinjaman belum terima dianggarkan dengan mendiskaunkan anggaran aliran tunai masa
                    hadapan menggunakan kadar faedah semasa bagi aset kewangan yang mempunyai profil risiko yang sama.
                (iii)  Pinjaman dan hutang lain

                    nilai dibawa bagi bahagian semasa pinjaman dan hutang lain adalah berdasarkan anggaran munasabah nilai
                    saksama yang disebabkan oleh kesan diskaun yang ketara.

                    nilai dibawa bagi pinjaman dan hutang lain adalah berdasarkan anggaran munasabah nilai saksama
                    disebabkan oleh sifat instrumen tersebut yang mempunyai kadar terapung yang dinilai semula pada kadar
                    faedah pasaran sekitar tarikh laporan.

                    nilai saksama pinjaman dan hutang bukan semasa lain, selain daripada instrumen kadar terapung, adalah
                    dianggarkan dengan mendiskaunkan jangkaan aliran tunai masa hadapan pada kadar pinjaman pasaran
                    tambahan bagi pinjaman yang serupa pada tarikh laporan.
                (iv)  Aset Kewangan Pada FVTPL
                    (a)   Bon tersiar harga

                       nilai saksama bon tersiar harga ditentukan secara langsung dengan merujuk kepada harga bida pasaran
                       yang diterbitkan pada tarikh laporan.

                    (b)  Bon tidak tersiar harga
                       nilai saksama saham tidak tersiar harga dianggarkan dengan menggunakan model aliran tunai terdiskaun
                       berdasarkan pelbagai andaian, termasuk kerugian kredit semasa dan eCl, kadar pasaran semasa bagi
                       faedah dan andaian berkaitan dengan kecairan pasaran.
                (v)  Aset dan Liabiliti Kewangan Derivatif

                    (a)   Kontrak kadar tukaran hadapan
                       nilai saksama kontrak kadar tukaran hadapan ditentukan menggunakan kadar tukaran yang diperhatikan
                       daripada sumber awam sedia ada dan melalui teknik ekstrapolasi dan intrapolasi.

                    (b)  Swap mata wang bersilang
                       nilai saksama swap mata wang bersilang ditentukan menggunakan jangkaan aliran tunai masa hadapan
                       yang didiskaunkan menggunakan keluk hasil kadar faedah pasaran lazim yang dihasilkan daripada kadar
                       tersiar yang boleh diperhatikan di pasaran awam.




                                                                                                         247
   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254