Page 227 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 227

MEMPERKAYAKAN PRESTASI DAN KOMITMEN  MEMPERKAYAKAN AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI  MEMPERKAYAKAN DAYA TAHAN DAN PERTUMBUHAN MAMPAN  MAKLUMAT LAIN

          NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023



          34.  RISIKO KEWANgAN (SAMBUNgAN)
             (d)  Risiko kredit

                risiko kredit adalah risiko kerugian yang mungkin timbul daripada instrumen kewangan tertunggak yang
                disebabkan oleh kegagalan peminjam untuk menyelesaikan obligasinya. pendedahan risiko kredit bagi Kumpulan
                dan KWap melibatkan pinjaman belum terima. bagi aset-aset kewangan lain (termasuk pelaburan dalam bon,
                instrumen pasaran wang dan deposit di bank), Kumpulan dan KWap meminimakan risiko kredit dengan hanya
                melaksanakan transaksi dengan peminjam yang mempunyai gred kadaran kredit yang tinggi.

                pada tarikh laporan, pendedahan maksimum Kumpulan dan KWap terhadap risiko kredit dinyatakan melalui nilai
                dibawa bagi setiap kelas aset kewangan yang diiktiraf dalam penyata Kedudukan Kewangan, termasuk derivatif
                yang mempunyai nilai saksama positif.
                (i)  Pengurusan risiko kredit
                    Kumpulan dan KWap mengambil kira kebarangkalian penjejasan aset pada pengiktirafan asal dan samada
                    terdapat peningkatan risiko kredit yang signifikan dan berterusan sepanjang setiap tempoh laporan. dalam
                    penilaian sama ada terdapat peningkatan risiko kredit yang signifikan, Kumpulan dan KWap membandingkan
                    berlakunya risiko terjejas ke atas aset pada tarikh laporan dengan risiko terjejas pada tarikh pengiktirafan
                    asal. Segala maklumat pandang kehadapan yang munasabah dan disokong diambil kira termasuk petunjuk-
                    petunjuk berikut:

                    •   Kadar kredit dalaman;
                    •   Kadar kredit luaran (selagi ada);
                    •   Perubahan merosot yang signifikan di dalam perniagaan, kewangan atau keadaan ekonomi samada yang
                       nyata atau jangkaan yang dijangka akan mengakibatkan perubahan signifikan bagi memenuhi obligasi
                       penghutang; dan
                    •   Perubahan  signifikan  di  dalam  nilai  obligasi  sokongan  cagaran  atau  kualiti  jaminan  pihak  ketiga  atau
                       peningkatan kredit.
                    maklumat makroekonomi (seperti kadar faedah pasaran atau kadar pertumbuhan) adalah merupakan daripada
                    sebahagian model kadaran dalaman.
                    tanpa mengambil kira analisa di atas, peningkatan risiko kredit dianggap signifikan sekiranya pembayaran
                    kontrak oleh penghutang adalah melebihi 30 hari tunggakan.
                    aset kewangan dianggap terjejas apabila terdapat kegagalan dalam perlaksaanan pembayaran kontrak di
                    dalam tempoh 90 hari dari tempoh pembayaran.
                    Kesemua aset kewangan dianggap sebagai aset kewangan berisiko rendah, sejurusnya peruntukan rosot nilai
                    diiktiraf sepanjang tahun laporan telah dihadkan kepada 12 bulan eCl. pihak pengurusan menganggap ‘risiko
                    rendah’ sebagai gred pelaburan kadaran kredit dari sekurang-kurangnya satu (1) agensi kadaran kredit utama.
                    bagi menentukan penambahbaikan risiko kredit aset kewangan yang telah dimodifikasi di mana peruntukan
                    kerugian telah dinilai berdasarkan eCl dan dinilai semula pada 12 bulan eCl, sistem gred (i.e. gred pelaburan
                    dan gred bukan pelaburan) digunakan bagi menilai penambahbaikan kualiti kredit aset kewangan yang
                    dimodifikasi.

                    aset kewangan tersebut dipantau sehingga tahap peruntukan kerugian diukur semula pada eCl sepanjang
                    hayat.



                                                                                                         225
   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232