Page 215 - KWAP_Integrated-Report_2023
P. 215

MEMPERKAYAKAN PRESTASI DAN KOMITMEN  MEMPERKAYAKAN AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI  MEMPERKAYAKAN DAYA TAHAN DAN PERTUMBUHAN MAMPAN  MAKLUMAT LAIN

          NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023



          34.  RISIKO KEWANgAN
             Kumpulan dan KWap terdedah kepada risiko kewangan yang berikutan daripada aktiviti operasi dan penggunaan
             instrumen kewangan. risiko kewangan utama merangkumi risiko kadar faedah, risiko harga ekuiti, risiko kredit dan
             risiko kecairan.
             Kumpulan dan KWap telah melaksanakan garis panduan dan polisi serta kawalan dalaman yang diluluskan yang
             menetapkan strategi perniagaan secara keseluruhan bagi pengurusan risiko kewangan tersebut. objektif pengurusan
             risiko kewangan secara keseluruhan adalah untuk meningkatkan nilai pemegang saham melalui pengurusan risiko
             yang berkesan.

             polisi dan prosedur pengurusan risiko kewangan disemak dan diluluskan oleh pihak lembaga. bahagian seterusnya
             memberi penjelasan terperinci mengenai pendedahan kepada risiko kewangan bagi Kumpulan dan KWap serta
             objektif-objektif, polisi-polisi dan proses-proses pengurusan risiko tersebut.

             (a)  Risiko kadar faedah
                risiko kadar faedah ialah risiko perubahan nilai saksama atau aliran tunai masa hadapan instrumen kewangan
                disebabkan oleh pergerakan kadar faedah pasaran. pendedahan Kumpulan dan KWap terdedah kepada risiko
                perubahan kadar faedah berkaitan pinjaman dan belum terima dengan faedah terapung.

                Kumpulan dan KWap mengamalkan pengurusan risiko kadar faedah secara aktif dengan mengekalkan nisbah
                kadar faedah diluputi pada tahap minimum satu setengah kali.

                Sensitiviti kadar faedah
                jadual berikut menunjukkan sensitiviti kadar faedah terhadap kebarangkalian perubahan kadar faedah ke atas
                sebahagian daripada pinjaman.  dengan ketetapan bagi faktor boleh diubah, jadual di bawah menunjukkan
                ringkasan pendedahan risiko kadar faedah bagi pinjaman dengan kadar faedah terapung serta sekuriti pendapatan
                tetap Kumpulan dan KWap.

                                                           Kumpulan        KWAP      Kumpulan        KWAP
                                                              Kesan        Kesan  Kesan Kepada  Kesan Kepada
                                                             Kepada       Kepada   Pendapatan   Pendapatan
                                                              Ekuiti       Ekuiti  Sebelum Cukai  Sebelum Cukai
                                                             RM’000       RM’000       RM’000       RM’000

                2023
                peningkatan dalam 100 mata asas            (2,639,261)    (2,639,261)    (14,724)   (14,724)
                penurunan dalam 100 mata asas              2,639,261     2,639,261      14,724       14,724

                2022
                peningkatan dalam 100 mata asas           (2,020,964)   (2,020,964)    (11,833)     (11,833)
                penurunan dalam 100 mata asas              2,020,964    2,020,964      11,833       11,833
                Kumpulan dan KWap terdedah kepada pelbagai risiko yang berkaitan dengan perubahan kadar faedah pasaran
                ke atas penyata Kedudukan Kewangan dan penyata aliran tunai. jadual berikut menunjukkan aset dan liabiliti
                kewangan  Kumpulan dan KWap pada  kadar faedah  efektif  dan nilai  dibawa yang dianalisa mengikut tarikh
                kematangan atau tarikh penentuan semula harga, berdasarkan tarikh yang paling hampir.
                                                                                                         213
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220