Dalam memperluaskan spektrum penyampaian nilai kami, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] kini membuka jalan ke arah pulangan pelaburan yang lebih tinggi untuk semua pihak berkepentingan melalui program tiga tahun TERAS 5 kami.
Tema laporan tahunan kali ini mencerminkan komitmen berterusan KWAP melalui gambaran warna-warna para pesara menjalani kehidupan yang diidamkan. Ini melambangkan komitmen KWAP dalam merealisasikan aspirasi dan matlamat pihak berkepentingan utama kami ke arah hari esok yang lebih baik seperti yang disampaikan melalui tema ini.
Kanvas seni pelukis mengetengahkan peranan yang dimainkan oleh TERAS 5 dalam meningkatkan keupayaan dan penyampaian nilai KWAP, TERAS 5 melalui lima penggerak: struktur, tadbir urus, modal insan, proses dan digital. Ini berupaya meningkatkan lagi kebolehan kami untuk menyelaras lebih banyak pelaburan pemangkin yang memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia secara terus dan mengembangkan saiz dana di samping mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada pesara.
Melabur dalam syarikat dengan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang baik boleh menyumbang kepada pulangan risiko terlaras yang mampan.
Syarikat dengan amalan ESG yang lemah boleh mendatangkan risiko reputasi kepada KWAP.
Untuk dana persaraan dengan segmen pelaburan jangka panjang, faktor ESG boleh memberi kesan langsung ke atas pulangan.
Peluang untuk memainkan peranan kepimpinan dengan menggalakkan amalan kemampanan yang baik dalam pasaran modal Malaysia.
Sebagai dana persaraan, KWAP bertanggungjawab terhadap pihak berkepentingannya bagi menjana pulangan risiko terlaras mampan dalam jangka panjang. Ini merupakan tanggungjawab tambahan untuk KWAP bagi memastikan KWAP dan syarikat-syarikat penerima pelaburannya kekal mampan dalam amalan perniagaan mereka.
Versi Bahasa Malaysia
Versi Buku Elektronik
Versi Bahasa Inggeris
Anda boleh mengakses Laporan-Laporan Tahunan KWAP dan penerbitan lain dalam Arkib kami