Page 99 - KWAP_AR2022
P. 99
MEMPERKUKUHKAN TADBIR URUS KORPORAT Laporan Tahunan 2022 97
ENCIK ANTHONY LIM DATUK HAJAH NIK
CHOON ENG AMLIZAN MOHAMED
Wakil Sektor Swasta Ketua Pegawai Eksekutif
Seksyen 7(2)(e) Akta Kumpulan Setiausaha Panel Pelaburan
Wang Persaraan 2007 Seksyen 7(2)(d) Akta Kumpulan
Wang Persaraan 2007
Encik Anthony Lim dilantik sebagai ahli Panel Pelaburan Datuk Hajah Nik Amlizan dilantik sebagai Ketua Pegawai
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] pada Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
1 Mac 2021. [KWAP] pada 2 November 2020. Profil penuhnya tersedia
Selama 33 tahun kerjayanya, pengalaman Encik Anthony di muka surat 88.
merentasi perbankan korporat dan pelaburan, pasaran
modal dan perbendaharaan, serta pengurusan risiko
dan ekuiti persendirian. Beliau memulakan kerjayanya
bersama Kumpulan Perbankan ANZ, Australia pada tahun
1987 sebagai peniaga dalam pasaran kadar faedah dan
pasaran modal dan kemudiannya menyertai St. George
Bank, Australia yang meliputi pasaran pendapatan tetap
dan derivatif. Beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1994
dan dilantik sebagai Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif,
Maybank Futures Sdn Bhd untuk menubuhkan perniagaan
derivatif kewangan di bawah Kumpulan Maybank.
Pada tahun 2000, beliau telah dilantik sebagai Naib Presiden
Eksekutif/Ketua Kumpulan, Pengurusan Risiko dari 2005
hingga 2009 sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai
Operasi, Maybank Investment Bank (terdahulu dikenali sebagai
Aseambankers Malaysia Berhad) yang bertanggungjawab ke
atas kewangan, teknologi maklumat, operasi dan pematuhan
kawal selia dan pengurusan risiko. Beliau kemudiannya
menyertai Implico GmbH, Jerman dan Malaysia dari 2010
hingga 2014 sebagai Pelabur/Pengarah Ekuiti Persendirian.
Pada 2011, beliau menyertai Sumitomo Mitsui Banking
Corporation Berhad, Malaysia sebagai Pengarah Bebas
dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, dan
kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif untuk bank yang sama dari 2015 hingga 2020.
Encik Anthony Lim berkelulusan Ijazah Sarjana dalam
Kewangan Gunaan dari Macquarie University, Sydney
dan merupakan Felo Institut Perbankan dan Kewangan
Australia, Australia. Beliau merupakan Jurubank Bertauliah
dengan Institut Jurubank Bertauliah Asia dan telah
menghadiri kedua-dua Program Pengurusan Lanjutan
dan Program Kepimpinan Kanan di Wharton School of
Business, University of Pennsylvania, Amerika Syarikat.