Page 243 - KWAP_AR2022
P. 243

DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK  Laporan Tahunan 2022  241


                                                 NOTA-NOTA KEPADA
                                                PENYATA KEWANGAN
                                          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


          33.  RISIKO KEWANGAN (SAMBUNGAN)
             (e)  Risiko kecairan

                Risiko kecairan adalah risiko kesukaran untuk memenuhi obligasi kewangan bagi Kumpulan dan KWAP disebabkan
                oleh kekurangan dana. Pendedahan kepada risiko kecairan berpunca daripada perbezaan kematangan di antara
                aset dan liabiliti kewangan.

                Kumpulan dan KWAP mengamalkan pengurusan secara aktif terhadap profil kematangan hutang, aliran tunai
                operasi dan ketersediaan pembiayaan bagi memenuhi semua keperluan pembiayaan semula, pembayaran semula
                dan pembiayaan. Bagi pengurusan kecairan yang berhemat, Kumpulan dan KWAP mengekalkan portfolio aset
                mudah cair untuk memenuhi keperluan modal kerja dan pelaburan.

                Di samping itu, Kumpulan dan KWAP mengekalkan keseimbangan dan struktur pembiayaan yang fleksibel melalui
                penggunaan kemudahan kredit, pinjaman jangka pendek serta pinjaman jangka panjang. Kecairan jangka pendek
                diurus melalui kemudahan kredit dan pinjaman jangka pendek.
                Jadual di bawah menunjukkan ringkasan profil kematangan liabiliti kewangan Kumpulan dan KWAP berdasarkan
                obligasi kontraktual bayaran semula tidak terdiskaun.
                Kumpulan

                                                   Berdasarkan     Dari 3     3 ke 12     1 ke 5
                                                      Tuntutan     Bulan       Bulan      Bulan     Jumlah
                2022                                   RM’000     RM’000     RM’000      RM’000     RM’000

                Liabiliti Kewangan
                Liabiliti Kewangan Derivatif                -          -           -        800        800
                Pemiutang Perniagaan                  641,183     797,890    983,864          -   2,422,937
                Pinjaman                                    -          -     279,184   1,072,380  1,351,564
                Pemiutang Dan Akruan Lain             310,558          -           -          -     310,558
                Pendapatan Tertunda                         -          -      50,635          -      50,635
                Cukai Tertunda                              -          -           -         22         22
                Deposit Jangka Panjang                      -          -           -      7,161       7,161
                Liabiliti Pajakan                           -          -       2,399    110,139     112,538
                Jumlah Liabiliti Kewangan
                   Tidak Terdiskaun                   951,741     797,890   1,316,082  1,190,502  4,256,215
   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247   248