Page 233 - KWAP_AR2022
P. 233
DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK Laporan Tahunan 2022 231
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
33. RISIKO KEWANGAN (SAMBUNGAN)
(d) Risiko kredit (sambungan)
(iv) Nilai jangkaan jaminan bagi aset kewangan
Pendedahan Pendedahan
Nilai Risiko Kredit Tidak
Jaminan Kredit Kasar Bercagar
RM’000 RM’000 RM’000
2022
Pinjaman Dan Belum Terima 60,378 1,018,819 958,441
2021
Pinjaman Dan Belum Terima 63,987 2,975,277 2,911,290
(v) Pendedahan maksimum risiko kredit
Penilaian risiko kredit peminjam dilaksanakan bagi menentukan amaun dan jenis cagaran yang diperlukan.
Pengendalian bagi cagaran diwujudkan dan merangkumi penerimaan dan penilaian bagi setiap jenis cagaran.
Jenis-jenis cagaran utama adalah seperti berikut:
• Jaminan daripada Kerajaan Malaysia bagi pinjaman yang berkaitan dengan kerajaan;
• Caj ke atas cagaran dan jaminan daripada syarikat induk bagi pinjaman syarikat subsidiari masing-masing
berkaitan dengan pinjaman korporat; dan
• Wang tunai dan sekuriti bagi sekuriti yang dibeli semula.
Kumpulan dan KWAP memantau nilai pasaran cagaran serta pohonan cagaran tambahan berdasarkan
perjanjian asas.
Analisa pendedahan maksimum kepada risiko kredit dan cagaran serta peningkatan kredit lain
Jadual berikut menunjukkan pendedahan maksimum kepada risiko kredit mengikut kelas aset kewangan serta
jumlah nilai saksama cagaran, lebihan cagaran (sejauh mana nilai saksama cagaran yang dipegang adalah
lebih besar daripada pendedahan yang berkaitan), sekiranya ada, dan pendedahan bersih kepada risiko kredit.
Pendedahan kepada risiko kredit adalah bersamaan dengan nilai dibawa bagi aset kewangan yang dinyatakan
dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Pendedahan risiko kredit bagi komitmen dan kontingensi yang tidak
pulih adalah dinyata sepenuhnya.
Kesan kewangan cagaran (kuantifikasi sekadar risiko kredit dikurangkan oleh cagaran dan peningkatan kredit
lain) yang dipegang bagi aset kewangan Kumpulan dan KWAP yang terdedah kepada risiko kredit adalah
0.09% (2021: 0.09%). Kesan kewangan cagaran yang dipegang sepanjang baki tempoh aset kewangan
adalah dianggap tidak signifikan.