Page 217 - KWAP_AR2022
P. 217
DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK Laporan Tahunan 2022 215
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
33. RISIKO KEWANGAN (SAMBUNGAN)
(b) Risiko harga ekuiti
Instrumen ekuiti tersiar harga bagi Kumpulan dan KWAP adalah terdedah kepada risiko harga pasaran disebabkan
ketidaktentuan nilai masa hadapan pelaburan tersebut. Pengurusan risiko harga ekuiti bagi Kumpulan dan
KWAP adalah melalui kepelbagaian serta penetapan had pelaburan ke atas instrumen ekuiti secara individu
dan keseluruhan. Laporan berkaitan portfolio ekuiti diedarkan secara berskala kepada pihak pengurusan atasan
Kumpulan dan KWAP. Keputusan mengenai pelaburan ekuiti disemak dan diluluskan oleh pihak Panel Pelaburan
Kumpulan dan KWAP.
Sensitiviti harga ekuiti
Jadual berikut menunjukkan sensitiviti harga ekuiti terhadap kebarangkalian perubahan harga ekuiti bagi aset
kewangan Kumpulan dan KWAP yang disebabkan oleh perubahan dalam nilai saksama ekuiti tersiar harga, di
mana tiada perubahan bagi faktor yang lain.
Kumpulan KWAP Kumpulan KWAP
Kesan Kesan
Kepada Kepada
Kesan Kesan Pendapatan Pendapatan
Kepada Kepada Sebelum Sebelum
Ekuiti Ekuiti Cukai Cukai
RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
2022
Ekuiti Domestik
Peningkatan 5% Dalam Harga Ekuiti 2,735,372 2,735,372 1,312,521 1,312,521
Penurunan 5% Dalam Harga Ekuiti (2,735,372) (2,735,372) (1,312,521) (1,312,521)
Ekuiti Antarabangsa
Peningkatan 10% Dalam Harga Ekuiti 1,697,185 1,697,185 1,651,616 1,651,616
Penurunan 10% Dalam Harga Ekuiti (1,697,185) (1,697,185) (1,651,616) (1,651,616)
2021
Ekuiti Domestik
Peningkatan 5% Dalam Harga Ekuiti 2,838,201 2,838,201 1,420,363 1,420,363
Penurunan 5% Dalam Harga Ekuiti (2,838,201) (2,838,201) (1,420,363) (1,420,363)
Ekuiti Antarabangsa
Peningkatan 10% Dalam Harga Ekuiti 1,971,354 1,971,354 1,971,354 1,971,354
Penurunan 10% Dalam Harga Ekuiti (1,971,354) (1,971,354) (1,971,354) (1,971,354)
(c) Risiko tukaran mata wang asing
Risiko tukaran mata wang asing ialah risiko yang melibatkan perubahan ke atas nilai saksama atau aliran tunai
masa hadapan bagi instrumen kewangan disebabkan oleh perubahan dalam kadar tukaran mata wang asing.
Pendedahan kepada risiko tukaran mata wang asing bagi Kumpulan dan KWAP adalah merangkumi pelaburan
ekuiti antarabangsa, pelaburan pendapatan tetap serta pelaburan alternatif seperti dana ekuiti persendirian dan
hartanah.