Page 211 - KWAP_AR2022
P. 211
DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK Laporan Tahunan 2022 209
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
32. MANFAAT PEKERJA (SAMBUNGAN)
(e) Analisa sensitiviti di bawah ditentukan berdasarkan kaedah kebarangkalian kejadian perubahan munasabah bagi
andaian yang diguna pakai dalam Penyata Kedudukan Kewangan, di mana segala anggapan andaian lain tidak
berubah:
Kumpulan dan KWAP
31 Disember 2022 31 Disember 2021
RM’000 RM’000
Peningkatan Pengurangan Peningkatan Pengurangan
Kadar Diskaun (Perubahan 1%) (950) 1,258 (852) 1,132
Kadar Inflasi Perubatan (Perubahan 1%) 118 (288) 109 (259)
(832) 970 (743) 873
33. RISIKO KEWANGAN
Kumpulan dan KWAP terdedah kepada risiko kewangan yang berikutan daripada aktiviti operasi dan penggunaan
instrumen kewangan. Risiko kewangan utama merangkumi risiko kadar faedah, risiko harga ekuiti, risiko kredit dan
risiko kecairan.
Kumpulan dan KWAP telah melaksanakan garis panduan dan polisi serta kawalan dalaman yang diluluskan yang
menetapkan strategi perniagaan secara keseluruhan bagi pengurusan risiko kewangan tersebut. Objektif pengurusan
risiko kewangan secara keseluruhan adalah untuk meningkatkan nilai pemegang saham melalui pengurusan risiko
yang berkesan.
Polisi dan prosedur pengurusan risiko kewangan disemak dan diluluskan oleh pihak Lembaga. Bahagian seterusnya
memberi penjelasan terperinci mengenai pendedahan kepada risiko kewangan bagi Kumpulan dan KWAP serta
objektif-objektif, polisi-polisi dan proses-proses pengurusan risiko tersebut.
(a) Risiko kadar faedah
Risiko kadar faedah ialah risiko perubahan nilai saksama atau aliran tunai masa hadapan instrumen kewangan
disebabkan oleh pergerakan kadar faedah pasaran. Pendedahan Kumpulan dan KWAP terdedah kepada risiko
perubahan kadar faedah berkaitan pinjaman dan belum terima dengan faedah terapung.
Kumpulan dan KWAP mengamalkan pengurusan risiko kadar faedah secara aktif dengan mengekalkan nisbah
kadar faedah diluputi pada tahap minimum satu setengah kali.
Sensitiviti kadar faedah
Jadual berikut menunjukkan sensitiviti kadar faedah terhadap kebarangkalian perubahan kadar faedah ke atas
sebahagian daripada pinjaman. Dengan ketetapan bagi faktor boleh diubah, jadual di bawah menunjukkan
ringkasan pendedahan risiko kadar faedah bagi pinjaman dengan kadar faedah terapung serta sekuriti pendapatan
tetap Kumpulan dan KWAP.