Page 2 - KWAP_AR2022
P. 2
Sentiasa Menuju Masa Hadapan yang Lebih Baik
Dalam memperluaskan spektrum penyampaian nilai kami, Kumpulan Wang Persaraan
(Diperbadankan) [KWAP] kini membuka jalan ke arah pulangan pelaburan yang lebih tinggi untuk
semua pihak berkepentingan melalui program tiga tahun TERAS 5 kami.
Tema laporan tahunan kali ini mencerminkan komitmen berterusan KWAP melalui gambaran
warna-warna para pesara menjalani kehidupan yang diidamkan. Ini melambangkan komitmen
KWAP dalam merealisasikan aspirasi dan matlamat pihak berkepentingan utama kami ke arah hari
esok yang lebih baik seperti yang disampaikan melalui tema ini.
Kanvas seni pelukis mengetengahkan peranan yang dimainkan oleh TERAS 5 dalam meningkatkan
keupayaan dan penyampaian nilai KWAP, TERAS 5 melalui lima penggerak:
struktur, tadbir urus, modal insan, proses dan digital. Ini berupaya meningkatkan lagi kebolehan
kami untuk menyelaras lebih banyak pelaburan pemangkin yang memberi manfaat kepada DANA YANG BERKAT
ekonomi Malaysia secara terus dan mengembangkan saiz dana di samping mempertingkatkan
mutu perkhidmatan kepada pesara.