Page 199 - KWAP_AR2022
P. 199
DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK Laporan Tahunan 2022 197
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
18. ASET DAN LIABILITI KEWANGAN DERIVATIF (SAMBUNGAN)
Kontrak kadar tukaran hadapan dan swap mata wang bersilang yang tertunggak pada 31 Disember 2022 ditetapkan
sebagai lindung nilai bagi komitmen yang sah yang mempunyai bayaran masa hadapan yang berkebarangkalian tinggi
serta pendapatan bersih yang didenominasi dalam mata wang asing.
Syarat-syarat kontrak kadar tukaran hadapan dan swap mata wang bersilang telah dirunding dan dipadankan dengan
syarat-syarat komitmen. Tiada aplikasi terdahulu atau jangkaan perlaksanaan perakaunan lindung nilai berhubung
dengan transaksi masa hadapan yang berkebarangkalian tinggi tersebut.
19. PENGHUTANG RUNCIT DAN DEPOSIT
Kumpulan KWAP
31 Disember 31 Disember 31 Disember 31 Disember
2022 2021 2022 2021
RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
Deposit Diterima 11,885 14,411 1,629 1,678
Pra-Bayaran Dan Pendahuluan 53,000 9,136 7,191 2,726
Cukai Boleh Pulih 36,480 38,394 35,108 34,030
Penghutang Lain 107,523 70,679 66,653 128,435
208,888 132,620 110,581 166,869
(a) Pergerakan bagi peruntukan penghutang runcit dan deposit
Tiada peruntukan kerugian rosot nilai bagi penghutang runcit dan deposit dalam tahun laporan (2021: Tiada).
(b) Kesan pergerakan nilai dibawa bagi peruntukan kerugian rosot nilai
Peruntukan kerugian rosot nilai mencerminkan penilaian ECL yang menggunakan kaedah pendekatan mudah
berdasarkan MFRS 9, seperti yang dijelaskan dalam bahagian Polisi Perakaunan Penting.
Tiada peruntukan bagi kerugian rosot nilai dalam tahun laporan (2021: Tiada).
(c) Hapuskira di bawah aktiviti penguatkuasaan
Tiada amaun kontrak yang tertunggak bagi aset kewangan yang dihapuskira sepanjang tahun laporan
(2021: Tiada).