Page 192 - KWAP_AR2022
P. 192
190 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
13. PINJAMAN DAN BELUM TERIMA (SAMBUNGAN)
Pinjaman Dan Belum Terima kepada institusi korporat adalah tertakluk kepada kadar faedah di antara 3.60% hingga
4.68% (2021: 1.83% hingga 4.61%) setahun.
Pada 31 Disember 2022, Pinjaman Kepada Pihak Berkaitan adalah berkaitan dua (2) pinjaman baharu iaitu pinjaman
kepada High Bay Logistics 1 (Lux) S.à r.l. dan High Bay Logistics 2 (Lux) S.à r.l., yang merupakan subsidiari-subsidiari
Prima Harta 3 (Lux) S.à r.l, dengan amaun pokok RM141.1 juta atau EUR30.1 juta dan RM112.7 juta atau EUR24.1 juta
masing-masing (2021: Tiada), pada kadar faedah EURIBOR +1.10% bagi kedua-dua pinjaman tersebut.
Pada 31 Disember 2021, Pinjaman Kepada Pihak Berkaitan adalah kepada KWAP MIT 2, dengan amaun pokok
RM312.0 juta atau AUD103.0 juta pada kadar faedah pertukaran swap AUD 5 tahun ditambah 2.50% spread
kredit setahun, yang telah dibayar penuh pada 2022.
(a) Pergerakan peruntukan Pinjaman dan Belum Terima
Terdapat pembalikan peruntukan kerugian rosot nilai terhadap satu (1) pinjaman komersial berjumlah RM13.8
juta bagi tahun laporan (2021: rugi RM13.8 juta) disebabkan oleh penambahbaikan dalam penilaian kredit bagi
pinjaman tersebut.
Semua Pinjaman Dan Belum Terima diklasifikasikan sebagai Tahap 1 dalam penilaian ECL tahun laporan ini kecuali
satu (1) pinjaman komersial di atas.
(b) Kesan pergerakan jumlah peruntukan baki bawa kebawah bagi kerugian rosot nilai
Tiada nilai bersih pengiraan semula peruntukan kerugian rosot nilai bagi tahun laporan (2021: RM13.8 juta).
(c) Maklumat dan kesan modifikasi penilaian bagi peruntukan kerugian rosot nilai
Tiada modifikasi pinjaman yang memberi impak kepada pengiraan peruntukan rosot nilai sepanjang tahun laporan
(2021: Tiada).
(d) Hapuskira di bawah aktiviti penguatkuasaan
Tiada amaun kontraktual yang tertunggak bagi aset kewangan yang dihapuskira sepanjang tahun laporan
(2021: Tiada).
14. INSTRUMEN HUTANG PADA KOS YANG DILUNASKAN
Kumpulan KWAP
31 Disember 31 Disember 31 Disember 31 Disember
2022 2021 2022 2021
RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
Bukan Semasa
Instrumen Pendapatan Tetap 16,372,543 15,792,014 16,372,543 15,792,014
16,372,543 15,792,014 16,372,543 15,792,014