Page 185 - KWAP_AR2022
P. 185

DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK  Laporan Tahunan 2022  183


                                                 NOTA-NOTA KEPADA
                                                PENYATA KEWANGAN
                                          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


          9.  PELABURAN HARTANAH DAN TANAH DIPEGANG UNTUK PEMBANGUNAN HARTANAH (SAMBUNGAN)
             (a)  Pelaburan Hartanah (sambungan)
                Nilai saksama pelaburan hartanah Kumpulan dan KWAP pada 31 Disember 2022 masing-masing berjumlah
                RM9,378.4 juta dan RM270.0 juta (2021: RM10,595.3 juta dan RM270.0 juta) yang ditentukan berdasarkan
                penilaian yang dibuat pada setiap tarikh laporan.

                Penilaian dilaksanakan oleh pegawai penilai luar yang mempunyai akreditasi dan pengalaman terkini dalam bidang
                penilaian tanah dan hartanah. Penilaian yang dilaksanakan adalah berdasarkan kaedah perbandingan yang melibatkan
                jualan hartanah yang serupa, analisa dan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi nilai dan harga hartanah tersebut.

                Aset Hak-Atas-Penggunaan
                Termasuk  dalam  Pelaburan  Hartanah  ialah  pajakan  untuk  hartanah  100  Cheapside  di  London  bagi  tempoh
                153 tahun bermula pada 24 November 2014 dan berjumlah GBP10.8 juta (2021: GBP10.8 juta).
             (b)  Tanah Dipegang Untuk Pembangunan Hartanah

                                                                                          Kumpulan
                                                                                   31 Disember   31 Disember
                                                                                         2022         2021
                                                                                       RM’000       RM’000
                Tanah Dipegang Untuk Pembangunan Hartanah
                Kos:
                   Pada 1 Januari                                                     731,018      660,850
                   Penambahan                                                          30,954       70,168
                Pada 31 Disember                                                      761,972      731,018

             (c)  Aset Sedia Dijual

                                                                                          Kumpulan
                                                                                   31 Disember   31 Disember
                                                                                         2022         2021
                                                                                       RM’000       RM’000

                Aset Sedia Dijual                                                           -      453,559
                Pada 31 Disember                                                            -      453,559

                Pada 20 Disember 2021, Kumpulan menukar kontrak bersyarat untuk melupuskan 100% kepentingannya di 179
                Turbot Street, Brisbane. Tiada pemberitahuan bantahan oleh “Foreign Investment Review Board” (FIRB) diterima
                oleh  pembeli  pada  10  Januari  2022.  Kontrak  itu  adalah  tidak  bersyarat  bermula  tarikh  ini  dengan  penyelesaian
                penjualan pada 1 Februari 2022. Aset telah dilupuskan dengan pertimbangan AUD150.9 juta dengan keuntungan
                sebanyak AUD0.025 juta.
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190