Bakal Pesara
Home Pension Services Bakal Pesara
BERDEDIKASI UNTUK MENINGKATKAN KEHIDUPAN ANDA
Cara Pembayaran Faedah Persaraan
Cara Pembayaran Faedah
| Pencen / Pencen Terbitan / Elaun Bersara / Elaun Bersara Terbitan / Pencen Hilang Upaya / Pencen Tanggungan | Kredit terus (EFT) / Waran |
| Ganjaran / Ganjaran Terbitan | Kredit terus (EFT) |
| Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat | Kredit terus (EFT) |
Skim Pembayaran Pencen Melalui Bank
Skim A
- Pesara yang mempunyai suami / isteri yang dikahwini (masih hidup) selepas berpencen daripada perkhidmatan
- Bayaran pencen akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun bank pesara atau penerima pencen setiap bulan.
Skim A Berwakil
- Bagi pesara bujang, penerima pencen terbitan, pencen tanggungan, pesara yang berkahwin semula selepas persaraan, mereka boleh memohon untuk dibayar pencen bulanan melalui skim A berwakil dengan syarat akaun bank yang digunakan adalah akaun perseorangan
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang JPA.BP.SKP.B08 (muat turun)
Skim B
- Bayaran melalui Skim B biasanya dibuat kepada pesara uzur dan anak kurang upaya melalui akaun bersama
- Seorang wakil dilantik untuk menguruskan pencen bulanan penerima
- Pesara atau penerima pencen perlu hadir di mana-mana cawangan bank pembayar bagi tujuan pengesahan sebelum bayaran pencen tersebut dikreditkan ke akaun.
- Sekiranya bayaran pencen tidak dituntut selama tiga (3) bulan berturut-turut, bayaran tersebut akan luput dan bayaran pencen bagi bulan seterusnya akan dihentikan. Pesara atau penerima pencen perlu melaporkan kepada KWAP untuk mengaktifkan semula akaun pencen tersebut bagi membolehkan bayaran pencen disambung semula.
Persaraan Pilihan Sendiri
Persaraan Pilihan Di Bawah Seksyen 12 Akta 227 / 239
Permohonan melalui Ketua Jabatan. Pekerja mesti :-
- Telah mencapai 40 tahun dan ke atas
- Memiliki sekurang-kurangnya 10 tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira
- Telah disahkan ke dalam jawatan dan diberikan status taraf berpencen
Bayaran Faedah Persaraan
Bagi pegawai yang dilantik sebelum 12/4/1991, bayaran ganjaran dan GCR akan dibuat pada tarikh persaraan, manakala pencen bulanan dibayar seperti berikut:
| Apabila mencapai umur 45 tahun | Mencapai umur 50 tahun |
|---|---|
|
Seorang pegawai lelaki |
Bagi pegawai yang dilantik pada dan selepas 12/4/1991, bayaran ganjaran dan GCR dibayar pada tarikh persaraan, manakala pencen bulanan akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.
MENGELAKKAN KELEWATAN PEMBAYARAN FAEDAH PENCEN
- Bakal pesara perlu menyemak buku rekod perkhidmatan, rekod cuti serta mengemaskini maklumat di HRMIS secara berkala dan memaklumkan kepada pihak jabatan sekiranya sebarang tindakan pengemaskinian perlu dilaksanakan.
- Pihak jabatan perlu memastikan dokumen persaraan yang lengkap diterima oleh KWAP dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan sebelum tarikh bersara.
- Permohonan persaraan hanya akan diproses setelah Jabatan mengemukakan dokumen lengkap kepada KWAP.
PENSWASTAAN SYARIKAT
Terdapat empat (4) opsyen yang ada untuk penamatan perkhidmatan bakal pesara apabila berlaku penswastaan iaitu:
- Bersara Setelah Menerima Tawaran untuk Berkhidmat dalam Organisasi Lain
- Ditamatkan Perkhidmatan
- Bersara Pilihan
- Bersara kerana Jawatan yang Dipegang Dihapuskan
[Seksyen 12A Akta 227 / Seksyen 13 Akta 239]
Seseorang pekerja yang bersara atas peruntukan di atas perlu berkhidmat dengan syarikat selama 5 tahun secara berterusan kecuali disebabkan oleh keadaan berikut :
- Sakit yang disahkan oleh Lembaga Perubatan Kerajaan;
- Meninggal dunia, atau;
- Dasar pengurangan pekerja yang dipersetujui oleh Kerajaan.
Skim yang ditawarkan :
Skim A
- Gaji, elaun, bonus, cuti & perubatan ikut kadar Kerajaan;
- Boleh bertukar ke Skim B dalam tempoh 2 tahun (selepas 2 tahun, hanya boleh tukar jika ditawarkan kenaikan pangkat);
- Tempoh perkhidmatan dan gaji akhir di syarikat diambil kira untuk faedah persaraan; dan
- Ganjaran, kad pesara & pencen diterima pada umur 55/56/58/60 mengikut opsyen.
Skim B
- Gaji, Elaun, Imbuhan, Cuti, Perubatan ikut kadar syarikat;
- Tidak boleh bertukar ke Skim A;
- Tempoh perkhidmatan dan gaji akhir di syarikat tidak diambil kira untuk faedah persaraan; dan
- Ganjaran, kad pesara & pencen diterima pada umur 50(L)/45(P).
Faedah yang diperoleh anggota yang ditamatkan perkhidmatan:
- Layak menerima faedah persaraan sekiranya tempoh perkhidmatan adalah lima (5) tahun atau lebih.
- Tertakluk di bawah Skim KWSP;
- Bagi pegawai tetap & sementara, syarikat mesti menawarkan opsyen pelantikan semula mengikut terma & syarat syarikat; dan
- Bagi pegawai kontrak dan sambilan pula, terpulang kepada syarikat sama ada mahu menawarkan opsyen untuk dilantik semula atau tidak.
[Seksyen 12 Akta 227/239]
- Ganjaran & kad pesara diterima pada tarikh pengkorporatan; dan
- Bagi anggota yang dilantik sebelum 12.4.1991, pencen akan diterima pada umur 50(L)/45(P), manakala bagi anggota yang dilantik selepas 12.4.1991, pencen akan diterima pada umur 55.
[Seksyen 10(5)(b) Akta 227/239]
- Ganjaran, kad pesara & pencen diterima pada tarikh pengkorporatan;
- Tidak tertakluk kepada umur/tarikh lantikan; dan
- Tidak dibenarkan memasuki syarikat / dilantik semula oleh syarikat kecuali bagi pegawai yang telah mencapai umur 50(L)/45(P) ke atas. Namun mereka yang telah berkhidmat selama kurang dari 10 tahun, boleh dipertimbangkan untuk memasuki syarikat dengan kelulusan khas Kerajaan.
Peletakan Jawatan
Bagi anggota yang meletakkan jawatan atau dikenakan tindakan tatatertib buang kerja, mereka tidak layak menerima faedah persaraan.
