​​Integriti dan Tadbir Urus

Integriti adalah sebahagian daripada nilai-nilai KWAP sejak penubuhannya sebagai dana persaraan sektor awam terbesar di Malaysia pada tahun 2007. Nilai tersebut diperkukuhkan lagi melalui komitmen kami dalam mendukung tadbir urus yang baik serta toleransi sifar terhadap rasuah – dalam sebarang bentuk ataupun cara.

Kami telah melaksanakan polisi, prosedur dan mekanisme yang berkaitan untuk menangani isu integriti dan tadbir urus, serta menganjurkan inisiatif-inisiatif bagi mewujudkan kesedaran mengenai etika dan integriti serta kesan buruk rasuah. 

Antaranya termasuk:

Kod Tatakelakuan dan Etika

Para petugas KWAP sentiasa tertakluk terhadap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sebagai panduan bagi mereka mengamalkan kelakuan beretika semasa melaksanakan tanggungjawab mereka.

Polisi Tiada Hadiah

KWAP mengamalkan Polisi Tiada Hadiah, dengan pengecualian tertentu, untuk mengelakkan konflik kepentingan atau kemungkinan wujudnya konflik kepentingan ketika berurusan dengan pihak luar kerana hadiah boleh dianggap sebagai rasuah.

Pemberian Maklumat

KWAP komited untuk menjalankan perniagaan dan operasinya berdasarkan konsep integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban, dengan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Sebagai salah satu daripada amalan tadbir urus korporat yang baik, KWAP telah mewujudkan mekanisme pemberian maklumat bagi menguruskan pendedahan mengenai sebarang bentuk salah laku atau perbuatan yang tidak mematuhi undang-undang atau tidak beretika terhadap KWAP atau anak syarikatnya, sama ada yang telah berlaku atau bakal dilakukan.

Petugas KWAP dan orang awam digalakan untuk melaporkan perkara-perkara tersebut, dengan niat baik, tanpa rasa takut terhadap tindak balas. Segala usaha akan diambil untuk memastikan kerahsiaan identiti pemberi maklumat dikekalkan.

Anda boleh menghantar laporan anda ke Integrity and Governance Office (IGO) melalui saluran-saluran berikut:​

  • E-borang (sila klik) ​
  • Emel: whistleblow@kwap.gov.my​
  • Talian Terus: 03-2174 8090
  • Surat menyurat atau kunjungan pejabat:

    Pejabat Integriti dan Tadbir Urus
    Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
    Aras 36, Menara Integra, The Intermark 
    348, Jalan Tun Razak 
    50400 Kuala Lumpur​

 

​​