Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda
Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP. Sila
pilih menu di bawah untuk memudahkan carian
anda.

Memilih pilihan...

Kenyataan Akhbar

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz Melancarkan TERAS 5 KWAP

KWAP Umum Visi Untuk Mencapai Saiz Dana Kasar RM200 Bilion Menjelang 2025

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2022 – Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, hari ini melancarkan TERAS 5 Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP].

 

Merangkul unjuran masa hadapan, TERAS 5 merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang KWAP untuk memastikan pertumbuhan yang mampan bagi memanfaatkan golongan pesara hari ini dan pada masa hadapan.

 

TERAS 5 merupakan program tiga tahun yang berasaskan lima tunggak utama iaitu Struktur, Tadbir Urus, Modal Insan, Proses dan Digital yang akan memacu lapan aliran kerja termasuk Struktur Organisasi, Syarikat, Pelaburan, Sumbangan & Perkhidmatan Persaraan, Digital, Modal Insan & Budaya, Perkhidmatan Korporat serta Risiko, Tadbir Urus dan Pengawasan.

 

Lapan aliran kerja tersebut telah ditetapkan untuk memacu pelaksanaan 44 inisiatif, termasuk inisiatif-inisiatif utama yang berkaitan dengan penjajaran semula fungsi-fungsi dan penstrukturan keseluruhan organisasi ke arah struktur berasaskan rantaian nilai dan penghalusan rangka kerja tadbir urus.

 

Struktur

Antara penambahbaikan utama yang disasarkan melalui TERAS 5 adalah penstrukturan semula organisasi untuk meningkatkan fungsi-fungsi strategi, kewangan dan digital bagi membolehkan perancangan pertumbuhan KWAP yang lebih holistik.

 

Peranan yang dipertingkatkan ini dijangka akan memacu pencapaian tugas utama seperti pelaksanaan strategi Pengalaman Pelanggan, terutamanya menerusi platform digital bagi menambah baik perkhidmatan untuk para pesara. Sebagai sebahagian daripada TERAS 5, KWAP telah menubuhkan fungsi sains data yang baharu di bawah bahagian digital untuk mempertingkatkan taraf perkhidmatan.

 

TERAS 5 juga dijangka akan memacu pelaburan KWAP dalam kelas-kelas aset yang berbeza di serata dunia. KWAP akan dapat memanfaatkan sepenuhnya penyelidikan mikro dan makro dengan lebih efisien, sejajar dengan sifat ekonomi makro yang bersaling kait dan global. Hasilnya, Alokasi Aset Strategik KWAP yang teguh akan menyumbang kepada pulangan yang lebih kukuh dan mampan untuk Dana.

 

Tadbir urus

Bagi sebuah entiti seperti KWAP, TERAS 5 bertujuan untuk mempertingkatkan lagi mutu tadbir urus dan pengawasan KWAP. TERAS 5 dijangka akan memendekkan lagi proses membuat keputusan sambil mengekalkan keutuhan struktur tadbir urus dari segi semak dan imbang.

 

Modal insan

TERAS 5 akan memperhalusi perancangan sumber dan memberi tumpuan kepada pembentukan kebolehan dan kemahiran. KWAP berhasrat untuk memenuhi jangkaan generasi baru tenaga kerja dengan memperkenalkan pengurusan budaya kerja yang menyentuh pelbagai aspek termasuk penggunaan platform digital.

 

Hasil daripada TERAS 5, KWAP berhasrat untuk mencipta kumpulan bakat yang serba boleh dan sedia menghadapi masa depan serta bersifat inovatif, bermotivasi tinggi, proaktif dan mesra pelanggan. Bakat-bakat yang diasuh oleh KWAP akan diperkasakan lagi melalui penerapan budaya risiko yang lebih kukuh serta berasaskan akauntabiliti yang jelas.

 

Proses

TERAS 5 bertumpukan penambahbaikan proses pengurusan dan kecekapan. KWAP berhasrat untuk menubuhkan pengurusan proses bersepadu yang dipacu nilai serta pengurusan proses yang cekap menjelang akhir tahun 2024. Dari segi peningkatan kecekapan, KWAP ingin mendigitalkan dokumentasi sepenuhnya dan mengautomasikan kesemua proses utama.

 

Digital

Digitalisasi akan menjadi teras utama dalam transformasi KWAP untuk menjadi sebuah organisasi warga natif digital (Digital Native) dengan melatih golongan citizen developers di kalangan pekerja KWAP. KWAP berhasrat memanfaatkan lagi analisis data untuk mempertingkatkan lagi papan pemuka masa nyata berkaitan pelaburan dan data pesara bagi memastikan pelaburan yang bertepatan dengan waktu dan pengoptimuman peluang serta memastikan keperluan golongan pesara dipenuhi secepat mungkin.

 

TERAS 5 akan memastikan bahawa jangkaan pesara dipenuhi dengan tumpuan pada kemudahan akses dan penyediaan perkhidmatan nilai tambahan. Para pesara bakal menikmati kemudahan akses kepada maklumat berkaitan pencen menerusi satu klik sahaja. Dengan ini, KWAP akan mengurangkan keperluan untuk para pesara mengunjungi pejabat KWAP untuk sebarang urusan.

 

Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz berkata, “KWAP meneruskan mandatnya dalam ekosistem persaraan di Malaysia sebagai kesinambungan perkhidmatan kerajaan kepada golongan pesara. Saya berpuas hati dengan pencapaian KWAP yang telah merekodkan anggaran saiz dana tertinggi bernilai RM159 bilion bagi tahun kewangan 2021. Dengan pelancaran TERAS 5, ia akan merealisasikan visi KWAP untuk meningkatkan saiz dana kasar kepada RM200 billion menjelang tahun 2025.

 

TERAS 5 adalah seiring dengan aspirasi kerajaan untuk mengoptimumkan kelebihan GLIC. Di kala pasaran sedang mengalami tahap ketidakstabilan yang tidak pernah dihadapi sebelum ini, saya berharap KWAP akan mengukuhkan keupayaannya untuk menarik pelaburan yang mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi Malaysia, terus membesarkan saiz dananya dan terutamanya, meningkatkan lagi taraf perkhidmatan bagi golongan pesara.”

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Nik Amlizan Mohamed berkata, “Kami telah memulakan penstrukturan semula melalui TERAS 5 dari titik permulaan yang kukuh. Malah, kami telah mencapai pendapatan bersih yang tertinggi dalam sejarah KWAP pada tahun kewangan 2021 iaitu sebanyak RM10 bilion (belum diaudit). TERAS 5 dibangunkan sepenuhnya oleh KWAP bagi mengukuhkan asas kami supaya kami bersedia untuk menghadapi masa hadapan dan berkembang secara mampan, khasnya dari sudut ESG, dengan sokongan 44 inisiatif untuk manfaat pihak berkepentingan kami dan negara.”

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS BERKAITAN PERSARAAN DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, ...

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah, Pemulihan Bencana sebagai Perkhidmatan (DRaaS) dan Sandaran sebagai Perkhidmatan (BaaS) untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Men...

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah, dan Menyelenggara Enterprise Service Management (ESM) System untuk KWAP

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami