Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda

Memilih pilihan...

Kenyataan Akhbar

KWAP meningkatkan kualiti persiapan persaraan dengan pelbagai program di bawah inisiatif MyPesara

Kuala Lumpur, 7 April 2023 – Dengan bilangan penerima pencen negara yang semakin meningkat di mana ia kini berjumlah lebih daripada 770,000 orang, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] telah melaksanakan pendekatan secara holistik untuk membantu pesara dan bakal pesara dalam persiapan persaraan melalui inisiatif MyPesara.

 

Dengan slogan “Teman Persaraan Anda“, sebanyak 17 program keterlibatan fizikal MyPesara telah dirancang untuk tahun 2023. KWAP mensasarkan pesara dan bakal pesara, serta penerima pencen terbitan tentang kesedaran persiapan persaraan dan memberi pendedahan lanjut berkaitan perancangan kewangan, penjagaan kesihatan warga emas, gaya hidup sihat dan sebagainya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Nik Amlizan Mohamed, menyatakan bahawa usaha-usaha ini telah giat dijalankan pasca pandemik, “Meningkatkan saiz dana pencen serta memproses pembayaran pencen bulanan bagi pihak kerajaan kekal menjadi tanggungjawab utama KWAP. Walau bagaimanapun pada waktu yang sama, ia adalah penting untuk kami memberi nilai tambah serta sokongan kepada pesara dan bakal pesara bagi persediaan pelan persaraan yang mampan dan stabil.

 

“Pada tahun 2022, KWAP telah berjaya menerima penglibatan seramai lebih daripada 26,000 orang pesara dan penerima pencen terbitan melalui program-program yang telah dijalankan, manakala untuk tahun ini, kami mensasarkan seramai 50,000 peserta.

 

“KWAP juga meningkatkan kesedaran tentang aktiviti-aktiviti scam melalui laman media sosial kami. KWAP kerap berkongsi maklumat tentang jenis-jenis scam bukan sahaja di laman media sosial kami, tetapi juga melalui aplikasi MyPesara di mana pesara dan ahli keluarga dapat mengakses hal-hal berkaitan pence dengan hanya di hujung jari.”

 

Aplikasi MyPesara yang telah dimuat turn lebih daripada 307,000 kali ini juga menawarkan akaun secara peribadi but para pesara dan ahli keluarga mereka. Aplikasi ini bertujuan untuk member pendekatan holistik tentang persaraan dengan menyediakan platform untuk servis khidmat pelanggan dan pembelajaran mengenai kewangan, kesihatan dan pelan persaraan secara atas talian.

 

Timbalan Menteri Kewangan I, Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan yang hadir ke pejabat KWAP pada hari ini telah mengingatkan tentang kepentingan persiapan persaraan di kalangan penerima pence yang semakin ramai.

 

“Seperti vang telah diumumkan ole Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam rangka keria Madani, terdapat keperluan untuk melancarkan program berkaitan pence yang lebih berkualiti berikutan krisis yang berkemungkinan akan berlaku pada masa hadapan, juga kerana kesan yang dapat dilihat daripada pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

 

“Dalam alam persaraan, kesan daripada krisis-krisis sebegini bole ditangani dengan lebih baik jika kita meningkatkan usaha untuk membantu pesara serta bakal pesara dalam hal berkaitan persiapan persaraan.

 

“Dalam bidang ini juga, usaha-usaha KWAP masih tetap berterusan, di mana tahun ini, dua program utama di bawah inisiatif MyPesara yang diperkenalkan oleh KWAP – Karnival MyPesara dan Anugerah MyPesara akan diadakan khas buat para pesara dan ahli keluarga mereka.

 

“Saya percaya dua program ini dapat menggalakkan pesara dan bakal pesara untuk menilai semula penyediaan alam persaraan mereka dan merancang pelan persaraan yang lebih mampan.” kata beliau.

 

Anugerah MyPesara merupakan majlis anuge an yang bertujuan untuk mengiktiraf pesara daripada sektor awam yang telah memberi sumbangan penting kepada masyarakat.

 

Program kemuncak KWAP iaitu Karnival MyPesara yang bakal diadakan di Lembah Klang pada bulan Oktober tahun in akan memberi peluang kepada pesara dan keluarga mereka untuk menghadiri pelbagai ceramah dan berkunjung ke tapak pameran, serta menyertai aktiviti-aktiviti di mana ia memfokuskan enam tunggak utama persaraan: Sosial, Kesihatan, Psikologi, Kewangan, Fizikal dan Persekitaran.

 

Pesara dan bakal pesara digalakkan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini tentang program dan acara yang bakal diadakan melalui laman sosial rasmi KWAP di
Facebook, Instagram, YouTube dan Linkedln, KWAP Malaysia.

 


 

Mengenai Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] ditubuhkan pada 1 Mac 2007 di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662) menggantikan Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 (Akta 454).

KWAP menguruskan sumbangan daripada Kerajaan persekutuan dan agensi yang berkaitan untuk mendapatkan pulangan optimum atas pelaburanya melalui pengurusan yang baik dan pelaburan dana dalam pasaran ekuiti, sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan lain-lain bentuk pelaburan yang dibenarkan di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662). Dana ini akan digunakan untuk membantu pembiayaan liabiliti pencen Kerajaan Persekutuan.  Pada tahun 2015, KWAP secara rasminya dilantik sebagai ejen Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pembayaran pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan KWAP.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kwap.gov.my 

 


 

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi: 

Amirah Kamarulzaman

Perhubungan Awam dan Komunikasi, Jabatan Komunikasi Strategik

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] 

Nombor telefon: +603-2174 8000, ext 8669 

Emel: nurulamirah.k@kwap.gov.my 

Nazlin Amirudin

Perhubungan Awam dan Komunikasi, Jabatan Komunikasi Strategik

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] 

Nombor telefon: +603-2174 8000, ext 8679 

Emel: nazlin.a@kwap.gov.my

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN ANDA DENGAN PERSPEKTIF DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Rangka Kerja ‘Proposal to Design, D...

Cadangan Rangka Kerja ‘Proposal to Design, Develop, Test and Commission the Enhancement on Power Gen2 System’ untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Rangka Kerja ‘Proposal to Develop, Supp...

Cadangan Rangka Kerja ‘Proposal to Develop, Supply, Deliver, Install, Test and Commission Integrated Contribution Management System (iCOMS)’ untuk KWAP

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami