Sebuah Anugerah Terunggul
Ketahui kategori anugerah
Syarat kelayakan untuk memohon
Hantar permohonan anda
Anugerah MyPesara adalah sebuah penganugerahan peringkat perdana buat pertama kalinya di Malaysia yang ditubuhkan khas bagi mengiktiraf dan menghargai pesara perkhidmatan awam yang telah memberi impak positif dalam bidang Pendidikan, Sosial dan Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan. Dengan mengenal pasti individu cemerlang yang telah memainkan peranan yang bermakna dalam persaraan mereka, Anugerah MyPesara menjadi sumber inspirasi dan ilham kepada warga pesara akan pentingnya untuk kekal aktif dan positif di alam persaraan.
Kategori ini dianugerahkan kepada pesara yang terlibat dalam meningkatkan proses pembelajaran dan yang telah membuka akses pendidikan bagi masyarakat yang kurang bernasib baik.
Untuk kategori ini ia dianugerahkan kepada pesara yang telah menyumbang dalam penyediaan bantuan kepada komuniti terpinggir dan dalam meningkatkan kesedaran sosial di peringkat negeri hingga ke antarabangsa.
Anugerah ini diberikan kepada pesara yang mempamerkan kemahiran keusahawanan yang cemerlang melalui perniagaan dan pada masa yang sama mewujudkan peluang pekerjaan.
Aras 11, Skytech Tower 2
MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya, Selangor
Aras 36,
Menara Integra, The Intermark
348, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Imbas kod QR untuk muat turun aplikasi MyPesara di Apple App Store atau Android Google Play Store
Integriti merupakan sebahagian daripada nilai korporat KWAP sejak penubuhannya sebagai dana persaraan sektor awam terbesar di Malaysia pada tahun 2007. Nilai tersebut diperkukuh melalui komitmen kami untuk mengamalkan tadbir urus yang baik serta amalan perniagaan yang beretika dengan melaksanakan dasar, prosedur dan mekanisme yang berkaitan.