Wakil Pesara adalah seseorang yang telah dilantik oleh pesara/ penerima pencen untuk menjadi orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pencen.
Takrifan Wakil Pesara
Wakil Pesara adalah seseorang yang telah dilantik oleh pesara/ penerima pencen untuk menjadi orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pencen.
Tanggungjawab Wakil
- Memaklumkan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan dengan segera apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia atau hilang kelayakan di bawah Undang-undang Pencen yang berkuatkuasa;
- Membayar balik pencen yang terlebih bayar akibat daripada kegagalan wakil memberi maklumat kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan mengenai kematian penerima pencen tunggal dalam masa tujuh hari dari tarikh kematian; dan
- Memaklumkan sebarang perubahan alamat dan nombor telefon atau lain-lain maklumat berkaitan pesara, penerima atau wakil kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan.
Wakil boleh melaporkan kematian pesara dengan:
- Menghubungi Bahagian ini di talian 03-8887 8777
- Wakil juga boleh memaklumkan kematian dengan hadir terus ke kaunter perkhidmatan Bahagian Pengurusan Pencen KWAP
*Sila kemukakan salinan sijil kematian arwah dikemukakan semasa pemakluman dilakukan.