TUNTUTAN BAYARAN BALIK KEMUDAHAN PERUBATAN BAGI PESARA AWAM PERSEKUTUAN DAN TANGGUNGAN YANG LAYAK BAGI RESIT BERTARIKH PADA ATAU SEBELUM 31 DISEMBER 2017

Dimaklumkan bahawa tarikh akhir untuk mengemukakan tuntutan bayaran balik kemudahan perubatan  seperti ubat, alat perubatan, rawatan, rawatan dialisis, rawatan kecemasan di hospital swasta, perjalanan dan sapina yang lengkap bagi pesara Awam Persekutuan dan tanggungan yang layak bagi resit bertarikh pada atau sebelum 31 Disember 2017 adalah PADA ATAU SEBELUM 27 JUN 2018 (RABU)

Sebarang pertanyaan dan semua tuntutan yang lengkap boleh dikemukakan ke: ​

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan),
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, SkyTech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:​


Telefon: 03 - 8887 8777 
Emel: mypesara@kwap.gov.my

Sekian, Terima Kasih.

​​​