Seseorang anggota yang telah memilih umur persaraan 55/56/58/60 tahun dalam kertas opsyen umur persaraan akan bersara dari perkhidmatan pada tarikh mencapai umur persaraan yang dipilihnya tersebut.
Persaraan Wajib Di Bawah Seksyen 10 Akta 227 / 239
Seseorang anggota yang telah memilih umur persaraan 55/56/58/60 tahun.
Borang dan dokumen yang perlu dikemukakan Ketua Jabatan adalah :
- Borang JPA.BP.SPPP.B01a - Maklumat Pesara (muat turun)
- Borang JPA.BP.SPPP.B03 – Maklumat Tanggungan (muat turun)
- Borang JPA.BP.UMUM.B01 - Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang (muat turun)
- Borang JPA.BP.UMUM.B02 - Pengiraan Cuti Rehat Yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980 (jika berkenaan) (muat turun)
- Borang JPA.BP.UMUM.B04 – Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Cacat Otak / Cacat Anggota (jika berkenaan) (muat turun)
- Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti
- Salinan Sijil Nikah; sekiranya tiada, Surat Akuan Sumpah
- Salinan Kad Pengenalan anggota dan suami / isteri
- Salinan Sijil Kelahiran anak di bawah umur 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat
- Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank
Anggota berpencen yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya kerana kelemahan akal atau tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan mengikut lunas-lunas Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1995 dan Perintah Am, Bab F (1974).
Pegawai Yang Dikenakan Tindakan Tatatertib Buang Kerja / Sedang Dalam Prosiding Mahkamah
Seseorang pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib yang berkeputusan buang kerja tidak layak untuk dibayar faedah persaraan.
Pegawai Yang Dikenakan Tindakan Tatatertib:
Seseorang pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib yang berkeputusan buang kerja tidak layak untuk dibayar faedah persaraan.
Pegawai yang sedang dalam prosiding mahkamah:
Jika seseorang anggota mencapai umur persaraan, dan sesuatu perbicaraan jenayah atau tindakan tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan ia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, maka perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui umur itu tetapi dikira cuti tanpa gaji sehingga keputusan kesnya diperoleh.