​Persaraan Atas Sebab Kesihatan

Persaraan Atas Sebab Kesihatan [Perenggan 10(5)(a), Akta 227 / 239]

Anggota berpencen yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya kerana kelemahan akal atau tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan mengikut lunas-lunas Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1995 dan Perintah Am, Bab F (1974).

Keadaan berikut membolehkan seseorang anggota dihadapkan kepada lembaga perubatan untuk dipertimbangkan untuk dibersarakan atas sebab kesihatan:

  •  Semua cuti sakit tahunan telah habis dan masih tidak sihat

  •  Mengambil cuti 45 hari setahun, 3 tahun berturut-turut ​​

  • Pegawai perubatan berpendapat tidak ada harapan sembuh 

  • Kesiuman otak dan kesihatan tubuh badan diragui                                                      

  • Pegawai perubatan mengesahkan sakit tibi, kusta atau barah          

  • Tercedera semasa bertugas dan bukan dengan kecuaiannya


Bayaran Faedah Persaraan

Pencen 

1/600 x jumlah genapnya x gaji yang bulan perkhidmatan akhir yang boleh dimasukira diterima

*tertakluk kepada maksimum sebanyak 3/5 daripada gaji yang akhir diterima sebulan tetapi:​

  • tidak kurang daripada satu perlima daripada gaji akhir yang diterima; dan
  • tidak kurang daripada RM 820.00 sebulan bagi tempoh perkhidmatan yang dimasukira 300 bulan atau lebih.

​​

​​Ganjaran Perkhidmatan

7.5% x jumlah genapnya x gaji yang bulan perkhidmatan akhir yang boleh dimasukira diterima

 

Borang dan Dokumen Urusan Persaraan Atas Sebab Kesihatan

  • Borang JPA.BP.SPPP.B01a – Maklumat Pesara (muat turun)

  • Borang JPA.BP.SPPP.B03 – Maklumat Tanggungan (muat turun)

  • Borang JPA.BP.SPPP.B04 – Notis Pelepasan / Pengasingan Caruman Kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Untuk Tujuan Pengiraan Faedah Persaraan (muat turun)

  • Borang JPA.BP.UMUM.B01 – Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang (muat turun​)

  • ​Borang JPA.BP.UMUM.B02 – Pengiraan Cuti Rehat Yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980 (jika berkenaan) (muat turun)

  • Borang JPA.BP.UMUM.B04 – Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Cacat Otak / Cacat Anggota (jika berkenaan) (muat turun​)​

  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti

  • Salinan Sijil Nikah; sekiranya tiada, Surat Akuan Sumpah

  • Salinan Kad Pengenalan anggota dan suami / isteri dan salinan Sijil Kelahiran anak di bawah umur 21 tahun (tiada had umur bagi anak cacat)

  • Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank

  • Laporan Lembaga Perubatan - Lampiran A kepada P.P. 10/95

  • Surat Persetujuan Pegawai - Lampiran "C-1" kepada P.P. 10/95

  • Perakuan Persaraan Atas Sebab Kesihatan - Lampiran D kepada P.P. 10/95

  • ​Surat kelulusan persaraan pilihan:  

    • ​​​Pegawai awam persekutuan, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan :  Kelulusan daripada JPA ​

    • Pegawai awam negeri : Kelulusan daripada pejabat SUK negeri