​Persaraan Pilihan

Persaraan Pilihan Di Bawah Seksyen 12 Akta 227 / 239

Syarat kelayakan:

  • Umur melebihi 40 tahun;

  • Mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasuk kira;

  • Telah disahkan ke dalam jawatan dan diberi taraf berpencen.


Bayaran Faedah Persaraan

1. Bagi pegawai yang dilantik sebelum 12.4.1991, bayaran ganjaran dan Ganti Cuti Rehat (GCR) akan dibuat pada tarikh persaraan ​               manakala pencen bulanan di bayar seperti berikut:

Apabila mencapai umur 45 tahunMencapai umur 50 tahun

Seorang pegawai perempuan;

Seorang pegawai perkhidmatan Bomba berpangkat rendah;

Seorang pegawai Polis berpangkat rendah;

Seorang pegawai Penjara Berpangkat rendah;

Seorang Jururawat lelaki di Hospital mental.

Seorang pegawai lelaki.


2. Bagi pegawai yang dilantik pada dan selepas 12.4.1991, bayaran ganjaran dan GCR dibayar pada tarikh persaraan manakala                       pencen bulanan akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.​​​