Cara Pembayaran Faedah
Pencen / Pencen Terbitan / Elaun Bersara / Elaun Bersara Terbitan / Pencen Hilangupaya / Pencen Tanggungan | Kredit terus (EFT) / Waran |
Ganjaran / Ganjaran Terbitan | Kredit terus (EFT) |
Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat | Kredit terus (EFT) |
Skim Pembayaran Pencen Melalui Bank
Skim A
- Pesara yang mempunyai suami / isteri yang dikahwini (masih hidup) semasa dalam perkhidmatan akan dibayar pencen bulanan melalui skim A
- Bayaran bulanan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pesara
Skim A Berwakil
- Bagi pesara bujang, penerima pencen terbitan, pencen tanggungan, pesara yang berkahwin semula selepas persaraan, mereka boleh memohon untuk dibayar pencen bulanan melalui skim A berwakil dengan syarat akaun bank yang digunakan adalah akaun perseorangan
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang JPA.BP.SKP.B08 (muat turun)
Skim B
- Bayaran melalui Skim B biasanya dibuat kepada pesara uzur dan anak cacat melalui akaun bersama
- Seorang wakil dilantik untuk menguruskan pencen bulanan penerima
- Penerima / wakil perlu hadir ke kaunter bank dan mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank setiap bulan untuk membolehkan wang pencen bulanan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima
- Jika bayaran pencen tidak dituntut melebihi tiga (3) bulan berturut-turut, bayaran pencen akan ditahan
Persaraan Pilihan Di Bawah Seksyen 12 Akta 227 / 239
Permohonan melalui Ketua Jabatan:-
-
Umur melebihi 40 tahun;
-
Mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukira;
-
Telah disahkan ke dalam jawatan dan diberi taraf berpencen.
Baca Lagi
Bagi anggota yang meletakkan jawatan atau dikenakan tindakan tatatertib buang kerja, mereka tidak layak menerima faedah persaraan.