​Opsyen Yang Terlibat Apabila Berlaku Penswastaan​

Terdapat empat (4) opsyen yang ada untuk penamatan perkhidmatan bakal pesara apabila berlaku penswastaan iaitu:

  • Bersara setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan

  • Ditamatkan perkhidmatan

  • Bersara pilihan

  • Bersara kerana jawatan yang dipegang dihapuskan



Bersara Setelah Dilantik Untuk Berkhidmat Dalam Pertubuhan 

[Seksyen 12A Akta 227 / Seksyen 13 Akta 239]


Seseorang pekerja yang bersara atas peruntukan di atas perlu berkhidmat dengan syarikat selama 5 tahun secara berterusan kecuali disebabkan oleh keadaan berikut :​

  • Sakit yang disahkan oleh Lembaga Perubatan Kerajaan;

  • Meninggal dunia, atau;

  • Dasar pengurangan pekerja yang dipersetujui oleh Kerajaan.



Skim yang ditawarkan :

Skim A

  • Gaji, Elaun, Bonus, Cuti & Perubatan ikut kadar Kerajaan;

  • Boleh bertukar ke Skim B dalam tempoh 2 tahun (selepas 2 tahun, hanya boleh tukar jika ditawarkan naik pangkat);

  • Tempoh perkhidmatan dan gaji akhir di syarikat diambil kira untuk faedah persaraan; dan

  • Ganjaran, kad pesara & pencen diterima pada umur 55/56/58/60 mengikut opsyen.



Skim B

  • Gaji, Elaun, Imbuhan, Cuti, Perubatan ikut kadar syarikat;​

  • Tidak boleh bertukar ke Skim A;

  • Tempoh perkhidmatan dan gaji akhir di syarikat tidak diambil kira untuk faedah persaraan; dan

  • Ganjaran, kad pesara & pencen diterima pada umur 50(L)/45(P).

 


Ditamatkan Perkhidmatan 

Faedah yang diperolehi anggota yang ditamatkan perkhidmatan:

  • Tiada faedah persaraan;

  • Tertakluk di bawah Skim KWSP;

  • Bagi pegawai tetap & sementara, syarikat mesti menawarkan opsyen untuk dilantik semula mengikut terma & syarat syarikat; dan

  • Bagi pegawai kontrak dan sambilan pula, terpulang kepada syarikat sama ada mahu menawarkan opsyen untuk dilantik semula atau tidak.



Persaraan Pilihan 

[Seksyen 12 Akta 227/239]​​

  • Ganjaran & Kad Pesara diterima pada tarikh pengkorporatan; dan

  • Bagi anggota yang dilantik sebelum 12.4.1991, pencen akan diterima pada umur 50(L)/45(P), manakala bagi anggota yang dilantik selepas 12.4.1991, pencen akan diterima pada umur 55.



Bersara Kerana Jawatan yang Dipegang Dihapuskan​

[Seksyen 10(5)(b) Akta 227/239]

  • Ganjaran, kad pesara & pencen diterima pada​ tarikh pengkorporatan;

  • Tidak tertakluk kepada umur/tarikh lantikan; dan​

  • Tidak dibenarkan memasuki syarikat / dilantik semula oleh syarikat kecuali bagi pegawai yang telah mencapai umur 50(L)/45(P) dan ke atas tetapi mempunyai tempoh perkhidmatan kurang dari 10 tahun, boleh dipertimbangkan untuk memasuki syarikat dengan kelulusan Khas Kerajaan.​​