​Persaraan Pilihan Sendiri​

Persaraan Pilihan Di Bawah Seksyen 12 Akta 227 / 239

  • Permohonan melalui Ketua Jabatan;

  • Umur melebihi 40 tahun;

  • Mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukira; dan

  • Telah disahkan ke dalam jawatan dan diberi taraf berpencen.


Bayaran Faedah Persaraan

Bagi pegawai yang dilantik sebelum 12.4.1991, bayaran ganjaran dan GCR akan dibuat dalam tempoh 21 hari dari tarikh persaraan, manakala pencen bulanan di bayar seperti berikut:​

Apabila mencapai umur 45 tahun Mencapai umur 50 tahun
  • Seorang pegawai perempuan

  • Seorang pegawai perkhidmatan Bomba berpangkat rendah

  • Seorang pegawai Polis berpangkat rendah

  • Seorang pegawai Penjara Berpangkat rendah

  • Seorang Jururawat lelaki di Hospital mental

  • Seorang​ pegawai lelaki


Bagi pegawai yang dilantik pada dan selepas 12.4.1991, bayaran ganjaran dan GCR dibayar dalam tempoh 21 hari dari​ tarikh persaraan, manakala pencen bulanan akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.