Pasaran Wang
Pengenalan
Dana KWAP dilaburkan dalam pelbagai instrumen pasaran wang yang menawarkan pulangan terbaik bagi memastikan jumlah pulangan maksimum ke atas pelaburan.
Antara institusi yang terlibat adalah:
- Bank atau institusi kewangan berlesen sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (Akta 372);
- Institusi kewangan pembangunan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (Akta 618);
- Bank Islam di bawah Akta Bank Islam 1983 (Akta 276); dan
- Bank atau institusi kewangan berlesen di luar Malaysia.
Objektif Utama
- Memaksimumkan pulangan pelaburan berdasarkan tahap risiko yang munasabah melalui instrumen pasaran wang
- Mengekalkan tahap kecairan yang mencukupi untuk urusan keperluan harian pelaburan
Jenis Instrumen yang dilaburkan
Pelaburan dalam instrumen pasaran wang sama ada yang berlandaskan Syariah atau konvensional termasuk:
- Bil Perbendaharaan
- Nota Monetari Bank Negara
- Penerimaan Jurubank
- Perakuan Deposit
- Akaun Semasa