​​Sekuriti Kerajaan Malaysia​​​​​

​​Pengenalan​​​​

Pelaburan dalam sekuriti kerajaan Malaysia direka untuk memaksimumkan pulangan dan mengambil kesempatan terhadap kenaikan modal dengan mengatur tempoh sesuai, isu-isu dan keluk pulangan. Kami aktif dalam pasaran primer dan sekunder. Pengurusan kedudukan portfolio adalah menerusi pengurusan tempoh dan pulangan kupon adalah de​ngan mengoptimumkan pulangan portfolio.

​​Objektif Utama

Pelaburan dana KWAP ialah dalam sekuriti Kerajaan Malaysia bagi tujuan strategi jual beli jangka pendek.

Penjanaan pulangan jangka pendek dan panjang yang berdaya saing dari sekuriti kerajaan adalah berlandaskan Polisi dan Garis Panduan Pelaburan yang ditetapkan.

​​Jenis Instrumen Pelaburan​​​​

Jenis sekuriti Kerajaan yang dilabur oleh KWAP ialah seperti berikut:

  • Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) – sekuriti jangka panjang yang mempunyai kadar pulangan yang diterbitkan oleh kerajaan Malaysia dengan tempoh matang lebih daripada satu tahun.
  • Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB) – sekuriti jangka pendek yang diterbitkan oleh kerajaan Malaysia dengan tempoh matang kurang setahun.
  • Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) dan Bil Perbendaraan Islam Malaysia (MITB)- sekuriti tanpa bunga jangka panjang dan jangka pendek yang diterbitkan kerajaan Malaysia berlandaskan Syariah.

Proses Pemilihan Portfolio​​​​

portfolio-selection.png ​​