Ekuiti

Pendekatan Kami

Kami berusaha untuk memberikan pulangan yang tertinggi untuk memenuhi keperluan dan objektif pihak-pihak berkepentingan dengan mewujudkan portfolio yang sesuai dengan risiko / profil pulangan optimum KWAP. Proses pelaburan yang jelas membimbing jabatan ekuiti untuk menyampaikan objektif tersebut. Portfolio ini dikawal oleh mandat pelaburan yang jelas dan berparameter seperti:

  • Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662)
  • Akta Modal Pasaran dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671)
  • Polisi dan Garis Panduan KWAP
  • Had Budi Bicara Dibenarkan

Apabila berkenaan dengan pelaburan ekuiti, fokus kami adalah secara pengurusan aktif. Memilih saham merupakan aktiviti yang tidak dapat dielakkan dan penting dalam proses pelaburan kami. Portfolio dipantau kerana persekitaran ekonomi yang sentiasa berubah-ubah dan aliran pasaran bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan asas-asas pelaburan.

​​
eq_our_approach.png

Sebagai sebuah dana persaraan, kami meletakkan penekanan yang tinggi ke atas syarikat-syarikat memilih mempunyai asas model perniagaan yang baik untuk memastikan kemapanan dalam jangka panjang. Beberapa kriteria syarikat pilihan adalah seperti berikut:

  • Rekod yang baik dalam penyampaian pendapatan
  • Aliran pendapatan yang jelas dan aliran tunai bebas stabil
  • Hasil dividen yang tinggi
  • Penilaian yang baik
  • Pengurusan yang kuat dan berpengalaman
  • Industri membangun​​​​​​​​​​​​​​​
  • Tadbir urus baik​​​​​